Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari... semuga kawan2 semua sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa hendaknya... dan pagi ni kak rose nak kongsikan artikel yang kak rose baca di facebook, semuga dengan perkongsian ini akan memberi menafaat kepada kita semua... sesungguhnya apa saja yang kita lakukan itu semua dengan izin Allah yang maha pengasih dan maha penyayang... Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
cnp dari facebook, terima kasih atas perkongsian ini...
Bersyukurlah apabila terjaga pukul 3 hingga 5 pagi,
tandanya Rahmat Allah ini sampai kepadamu...
Ramai
orang terbangun di waktu yang sama waktu malam hari. Sayangnya,
fenomena ini sering kali diabaikan. Namun, tahukah kamu bahawa ini
adalah cara tubuh dan Allah berkomunikasi denganmu.
Pengubatan
tradisional Cina menggunakan titik energi untuk teknik akupunktur.
Titik-titik tenaga ini terhubung dengan sistem jam yang dipercayai
memberi energi untuk bahagian tubuh tertentu.
Jadi,
dilihat dari waktu kamu bangun di malam hari, tubuhmu sedang mengalami
ransangan tertentu. Ini juga sebuah cara fizikal dan emosi menyampaikan
masalah padamu.
Terbangun
di tengah malam sebaiknya jangan diabaikan. Dalam pengubatan Cina, fasa
tidur menjadi waktu kita menerima pesanan dari Allah.
Pesanan-pesanan
ini yang dapat mengungkapkan perjalanan spritual kita. Jika kamu
kesukaran tidur di antara pukul 9 sampai 11 malam, itu adalah tanda
stress.
Ini
adalah jam tidur bagi kebanyakan orang. Jika kamu malah merasa sukar
tidur, tandanya kamu sedang stress dan khuatir. Solat hajat boleh jadi
solusi untuk masalah ini.
Terbangun
pada pukul 11 malam hingga 1 pagi petanda kamu mengalami kekecewaan
emosi. Pengubatan Cina kuno mengatakan bahawa ini adalah waktu dimana
pundi hempedu aktif.
Bangun
pada jam ini menunjukkan kekecewaan. Cubalah untuk tenang dan memaafkan
dirimu sendiri, maka akan membantu. Bangun antara pukul 1 hingga 3 pagi
menunjukkan kemarahan.
Titik
energi terhubung dengan hati. Bangun pada jam ini memnunjukkan bahawa
kamu sedang marah dan memiliki energi “Yang” berlebihan.
Cuba minum air dingin dan meditasi agar boleh tidur kembali.
Jika kamu bangun pukul 3 hinggal 5 pagi, tandanya Allah sedang berusaha berbicara padamu.
Jam
ini menunjukkan bahagian paru-paru dan kesedihan. Jika kamu bangun di
jam ini, maka dipercayai Allah sedang membimbingmu untuk jadi lebih
baik.
Cuba
bernafas perlahan dan berdoa agar boleh kembali tidur. Fasa bangun
tidur terakhir adalah pukul 5 hingga 7 pagi. Jika kamu bangun di jam
ini, dipercayai kamu sedang memiliki emosi yang tertahan.
Begini cara Allah menyampaikan taufik dan hidayah kepada umatnya
Kamu
tak perlu langsung duduk, pergi ke kamar mandi, mengambil minum, atau
malah tidur lagi. Tetaplah dalam kedudukan baring sambil membaca zikir
yang diamalkan oleh Rasulullah ﷺ. Zikir apakah itu?
Dari Ubadah bin Shamit, dari Nabi ﷺ bersabda, “Siapa terbangun di waktu malam lalu membaca:
‘Laa
Ilaaha Illallaahu Wahdahu Laa Syariikalahu, Lahul Mulku, Walahul Hamdu,
Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai-in Qadiir. Alhamdulillaah Wasubhanallaahu Walaa
Ilaaha Illallaahu Wallahu Akbar, Walaa Haula Walaa Quwwata Illaa
Billaahi,’ kemudian ia berdoa ‘Ya Allah, ampuni Aku’ atau berdoa pasti
dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu dan shalat, pasti diterima
shalatnya,” (HR. Al-Bukhari).
Dari
segi ilmiah, ini petanda kamu mengalami masalah di usus besar namun
boleh diatasi dengan renggangkan otot atau pergi ke toilet agar boleh
kembali tidur.
Tubuh
menyimpan begitu banyak rahsia. Jika kita belajar mengambil tahu dan
mendengar, maka tubuh sebenarnya sedang memberi tahu kita informasi.
Kita juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan spiritual dalam
kehidupan kita.
1 comment:
J E, yang baik2 elok la kita kongsikan, kan... tq for dropping by kat my dapur maya ni.
Post a Comment