Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 6, 2015

Terung masak kicap

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua.... auto post entry, sbb masa ni kak rose dah berada nun di negeri gajah putih... jalan2 release kan mind yang poning pasal giesti.... padahal kat negara sinun tu lagi tujuh percent dia punya giesti kan... tak kisah la, asalkan dapat g jenjalan.... so this auto publish entry yang kak rose masak pada hari jumaat lepas...sebenarnya teringin nak makan gulai kari ikan masin dengan terung tapi en asben tak nak pulak... takut mengantuk masa semayang jumaat katanya... dan masak kicap ni jadi penyelamaynya... sedap pulak tu.

resepi dari sifu masak yang pemes tu siapa lagi kalau bukan CMG kan... mekasih ya Mat, kak rose tepek kat sini pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu, saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 5 minit dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buang sedikit kulit terung, kemudian hiris sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram 5 minit dan toskan. Panaskan 5 camca besar minyak masak, goreng ikan bilis hingga garing, tolak ke tepi kuali, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan terung dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga terung lembut dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidang..Sedap dimakan bersama nasi panas dan bubur nasi...

2 comments:

Torviewtoronto said...

lovely combination of flavours

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Kak Rose..umah atie jarang terung 'naik' sbb xder peminatnya.
Klu g pasar mmg tk pernah beli terung..cuma kdg2 klu nak tkr selera msk pajeri terung sikit