Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, July 28, 2013

Iftar 18 - satay kajang+putu bambu juriah

 salam 19 Ramadhan dan salam hri minggu semuanya ya... cuti2 ni mesti ramai yang sibuk mengukis untuk persiapan hari raya kan...jeles jugak kak rose tengok bila kawan2 tayang cokies yang dah dibuat... tp kak rose ni entah bila la nak mula mengukis... rasa malas sunguh2, cam x de mood nak raya jer gamaknya... ada jugak listkan a few, bahan pun dah bli, tapi entah bila vitamin r tu nak mai untuk mulakan! sejak puasa ni bila  hujung minggu x dapat nak rehat lagi, 1st week g ke jb melawat adik yang sakit and 2nd week pulak balik ke kelantan jugak visiting mil yang kurang sihat, dan minggu ni balik kg di batu pahat pulak... nak berbuka posa dengan emak dikampung....so mmg x dapat lepak2 cam selalu lah, dan malam bila pas balik dari solat tarawih tu cam dah lepak sangat... de nyer nak buat sekut bagai, rasa nak bum jer kan..

so berbuka semalam dengan hasil belian disepanjang perjalanan balik dari kampung tu... putu bambu juriah ni bli kat persimpangan air hitam, mmg sedap, walaupun dah sejuk ttp lembut gitu. bli 2 pack ni, satu lagi makan masa sahur tadi. kalau balik kg macam satu kemestian pulak nak singgah bli putu ni. dan sate kajang ni kami bli masa singgah solat di rnr dengkil... lambat pulak bukaknya masa bulan posa ni...tapi tunggu jugaklah, senang keja, sampai rumah x yah nak pk nak masak2 lagi kan...

4 comments:

azieazah said...

Kalu dah ke hulu ke hilir di bulan posa, memang terus jadi tak larat dah projek kuih kukis segala bagai, kan?

Saya yang tak ke mana ni pun malas gak.. apalagi kalu terpaksa ke hulu ke hilir.

Saya lebih gemar Satay Station, berbanding sate Kajang.

adda syuhada said...

sedapnya sate....saya sma cm azieazah lagi suka satay station sbb isi besar2..kuah kacang dia pun best...dan satu lgi satay willy..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bila baca dua komen kat atas ni dan cerita Kak Rose, hati menggeletek2 nak makan sate.. hohoho!

fazianbatrisyia said...

putu bamboo juriah tu mmg sedap la kan..dgn gula yg terasa tu, pastu byk kelapa dia. sejuk pun ttp sedap. hari tu hb outstation ke jb, balik dia belikan...tiba dah tgh mlm, sejuk aircond lg..tetap sedap. mmg patut org beratur pjg semata2 nak beli ni...