Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, July 18, 2012

Ayam kashmir

hari ni kak rose selongkar dapur rumah baru Nor Secubitgaram.... tahniah nor sempena berpindah kerumah baru, pastinya rumah yang lebih besar dan selesa kan.... senanglah nnti kak rose nak selongkar cari resepi wpun tenet slow kar tempat baru tu... yang penting resepi yg best2 kena cari n simpan siap2 sbb nnti bulan posa sllu blog masak2 ni akan jammed like mad!

awal lagi kak rose dah masak ayam kashmir ni untuk lunch berdua dengan anak. mekasih ya Nor dan mintak izin nak kopipes kat sini lak. juga pada tuan punya resepi asal DayangJack, terima kasih bebanyak.

Bahan-bahan :
1/2 kg ayam (digoreng 1/2 masak jika suka) (kak rose goreng 1/2 masak dulu))

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil) (kak rose guna sebijik je!)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong) (kak rose goreng dulu)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

giant tomatoes yang kak rose guna.... 2 biji ni dah more than setengah kg. besar gedabak kan!

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mak aihh!! Besornya tomato tu, boleh potong 12, hehe..

sedapnya ayam kashmir..

ezumie esbarisma said...

sedappnyeeee.....

Lee said...

Hello Kak Rose, wow! I can practically get the wangi of the rempah you used for this ayam Kashmir.
Ini da tentu tiga pinggan nasi lichin, ha ha.
Love your presentation.....

You have a nice day, keep well.
Lee.