untuk ayam tu kak rose guna 3 pcs of whole leg ni.... cukuplah untuk kami 3 beranak. kak rose mmg jarang sangat bli ayam seekor cenggitu, lebih suka bli bahagian2 yang kita suka nak makan.... bahagian dada tu yang paling no no! x suka bahagian yg banyak isi!
resepi nasik ayam berempah ni kak rose cnp dari dapur Anim, mekasih ya... juga buat Azlita yg kasi promo baik punya ttg kesedapan nasik ayam berempah ni. x lupa terima kasih juga buat tuan punya resepi asal, Zana. izinkan kak rose sharekan kat sini lak ya....
Bahan2 Nasi
600 gm beras basmathi (kak rose guna basmathi saga, tp nasi jd gemuk2 n pendek gitu! x cantik kan?)
2" halia-akak hiris halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis
Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
1 bunjut rempah sup-akak guna 2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1"halia
bahan *-ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam
Bahan utk sos
6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak
Hiasan
Timun,Tomato Dan salad
UTK SOS HITAM@KICAP dari sini
- 3 sudu besar kicap
- 1 sudu kecil madu
- 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )
Cara
1-Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan sup bunjut,kemudian rebus ayam hingga mendidih.
2-Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan
3-Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min
4-Sementara itu cuci beras-ketepikan
5-Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan
6-Masukkan beras dan kacau rata
7-Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi
8-Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak-tak perlu tunggu lama,memadailah hingga nampak kekuningan..dan hias dengan tomato,timun dan salad
the set of nasi ayam berempah yang sangat sedap.... terima kasih daun keladi sangat2 pada Zana tuan punya resepi asal.
8 comments:
sedapnya tengokk..
nanti nak try gakk la..
tgk kat blog kak ita, sangat sedap, tgk kat sini pon lagii sedap...haishh..menggoda btol!
Semakin kuat keinginan saya untuk menikmatinya. huhuhu tulun..tulun..
Mas, baru tengok dah sedap, kalau dapat rasa lagilah sedap tau... selamat mencuba ya!
faa, disebabkan x tahan dengan tayangan amal tu la... x rugi mencubanya!
Sam, x dapek nak nolong.... kena buat sendirik je la nampaknya!
salam kak ros menarik ingat nak buat hari ni
kak rose, hajat dihati mmg nak buat menu ni..semalam dh siap2 beli bahan..somi ckp dah boring makan nasi ayam..cett.. terpaksa sy bakarkan ayam tu..sodap jugak..heheheh
http://ibudarwisy.blogspot.com/2012/02/aktiviti-hari-ahad.html
Post a Comment