Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, February 20, 2012

Buat lagi.... pratha gulung

Salam hari isnin semuanya.... muga kita semua dapat memulakan minggu yg baru ni dengan hati yg ceria dan gembira.... tp kan pagi ni cuaca mendung dengan hujan renyai2 yg membuatkan kak rose membatalkan hasrat nak ber briskwalk.... pas subuh jer terus onkan pc n ngadap sampai lebam!..... sebenarnya kalau nak boleh saja briskwalk atas treadmill tu kan.... alasan apakah?

so bila dah malas2 ni meh la kita g bekpes dengan pratha gulung ni.... dah banyak kali buat dengan isi yang berlainan.... sadin, tuna, serunding daging tp yg ni kak rose guna fillet ayam + kentang n mixed vege... inti ni pernah buat untuk buat pie yang sedap! resepi asal dari Ros@SinaranMenu, terima kasih ya Ros. instead of goreng, kak rose bakar je dalam oben.... makan panas2 bersama secawan nescafe o tanpa gula..... heaven

inti:

  • ~1 bijik bwg besar dicincang
  • ~1 cwn kentang yg dipotong dadu
  • ~1 cwn mix vegetable
  • ~cendawan butang dihiris (kak rose x letak... x de)
  • ~2 keping dada ayam diptg kecil
  • ~minyak
  • ~1\2 cawan air.
  • ~1 sudu bsr tepung jagung+2 sudu bsr air
  • ~1 sudu bsr gula & sos tiram
  • ~garam dan lada sulah
cara buat inti sedap nih:

goreng kentang sehingga warna keemasan, ketepikan
panaskan minyak
tumiskan bawang besar, masukkan mixed vege, cendawan, ayam dan kentang yg telah digoreng td
masukkan air, sos tiram, garam, gula dan lada sulah
akhir sekali masukkan tepung jagung supaya inti jadi pekat
sejukkan inti.... dan sedia digunakan.

tips dari Ros:

Pastikan mengunakan prata yang baru dikeluarkan dari freezer.Biarkan beberapa saat dan mulakan proses mengulung.
Siapkan satu persatu.
Prata yang belum digunakan biarkan didalan plasti.
Lakukan proses mengulung dgn cepat sebab prata cepat lembik.

7 comments:

Ibu Darwisy said...

sedapnya sarapan kak rose hari ni.. nak segulung..hehehhe

tun_telani said...

sedapnyer.. tun dh lama xbeli paratha nh. bila tgk kak rose buat teringin la pulak.

Anna Qawina said...

nampak sungguh sedap..tp pratha lak takde..ni ken order sini lah..hehe

kakna said...

salam.
bak segulung belum sarapan ni.

cik cek said...

Confirm kenyang ni kalau dapat makan segulung ni kan kak rose...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ros pun dah lama tak buat sardin gulung ni.Tengok kak ros buat teringin la pulak.

Juana said...

harus cuba ni kak rose! :)