Salam Jumaat penghulu segala hari kepada semua... dan semuga ceria disamping tugas seharian. balik dari majlis bacaan surah Al-Khafi pagi terus nak buat entry rambling ni!
pagi hari ni kak rose dihidangkan dengan tongkol2 ikan yang dibuang didepan pintu belakang rumah... sebenarnya pagi2 mmg jarang kak rose bukak pintu belakang ni, tp bile en asben panggil soh tengok, tepelanjat sungguh dengan ketulan2 ikan kat situ dengan lalat langau yang hitam menghurung. mulanya pikir positive jer, mungkin dia nak bagi kucing makan, tp kucing pun tengok jer ikan ni.... dan ini bukan kali pertama benda cam ni jadi, tapi dah banyak kali dah.... dan setiap kali itulah kita diam saja dan bersihkan....kali ni a bit too much pulak dah, kalau ikan dah masak x la berbau busuk sangat, tapi yang ni????? aduyai!!!!! kadang2 tu, lepas siang ikan pun dia longgok kat pasu pokok kat belakang tu, untuk baja katanya....tp kak rose yang siksa dengan baunya sbb pokok dia pun dibelakang rumah kita... kenapa x baja jer pokok yg banyak dibelakang rumahnya kan?
camner nak bagi tau jiran yang macam ni kan? even sisa2 makanan pun dia campak buang dalam longkang belakang rumah kita dengan alasan air dari mesin basuh akan wash off buangan tu.... kalau sungguh cam tu kenapa tak buang dibelakang rumah sendiri kan? camner nak bagi dia paham dan x menyinggung hati jiran? susahnya kan!!!!
sekian, rambling untuk pagi ni, berlapang dada jer la agar nanti bp tak mencanak tingginya....
1 comment:
Sabar yer kak rose... hihihi
Post a Comment