Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, July 24, 2012

Puding oreo yg sompek....

melayan tekak yang nak makan macam2 masa bulan posa ni.... lama dah teringin nak buat puding oreo ni, tp bila buat yg berlapis2 macam ni mmg sllu saja fail. tu yg x brapa brani nak mencuba. tp bila jumpa cara yga mudah kat blog Ryoazhar ni terus lah ingin nak mencuba... tp kesian, puding kak rose jadi sompek2 cenggini. kat mana silapnya tidak la ketahuan..... agaknya len kali kena amik sket adunan puding tu n bancuh dengan oreo baru masuk dalam acuan akan jadi ok kot... x pe oreo ada sebungkus lagi, kalau rajin nnti leh try lagi sekali dan harap2 x la sompek2 lagi kan... kalau nak tengok yang cantik punya dan cara yang komplex sket bole g blog Ita masam manis... cantik sangat!

Ryo, mekasih resepinya n kak rose nak tepek kat sini pulak ya.....

Bahan-bahanya:
  • 1 paket (10g) serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula
  • 150 ml susu cair
  • 1 sudu butter
  • 1 liter air
  • 1 paket biskut oreo, diambil intinya.

Caranya:

  1. Hancurkan biskut oreo,masukkan di dalam acuan.Tekan sikit, ketepikan.
  2. Panaskan air,gula dan butter dan kacau hingga cair
  3. Masukkan serbuk agar-agar, susu cair dan inti oreo tadi, kacau lagi
  4. Biarkan hingga mendidih,padamkan api.
  5. Biarkan sejuk sikit,tuang perlahan-lahan ke atas bekas yang telah disediakan.
  6. Sejukkan dahulu sebelum hidang.

12 comments:

Unknown said...

Assalam kak Rose, selamat berpuasa. terasa sejuk jer tekak tgk puding ni kak..sedapnya makan berbuka nanti kan:)

Nuwairani said...

menarik resepi ni! boleh cuba ni.

Nuwairani said...

menarik resepi ni! boleh cuba ni.

Lee said...

Hello Kak Rose, first, I really suka tu ayam goreng kunit! Dapat wangi dia sampai sini, ha ha ha. Looks so sedap best tu!
If dapat jemput datang makan, tiga pinggan tentu lichin, ha ha.
I suka your presentation, tu chilli merah and bawan betul macham lima bintang restaurant.

Love your pudding, chantek warna tu....agak2 5 pieces will do me fine....
Lagi mana you belajar ni semua, pandai masak, pandai buat cakes? Ha ha.

Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak rose..
sompek pun takpe kak.. yg penting sodap.. hee...

slmt berpuasa kak..

Ummi said...

Asslamualaikum Kak Rose...waaah puding oreo...anak2 kita pun suka, tp x buat lgk bulan pose nih..hehe.. x kira lah sompek ke idak..janji sedap kan...*drooling* ^__^

Kak Rose said...

Selamat berpuasa jugak buat Nieza n suami... cabaran sungguh berpuasa dimusim panas dengan waktu siang hari yg panjang ya....

Kak Rose said...

Nuwairani... sila lah mencuba!

Kak Rose said...

Hai Uncle Lee...

he he he ayam tu my five star dapur punya presentation lah...tp mmg very nice tau.. u shd ask ur lovely wife to masak lo!

puding ada banyak lagi... be my neighbor nnti kak rose antar satu pinggan ya...

have a nice day

Kak Rose said...

Madiha, ni la amatur punya cook... orang lain buat cantik jer, terus rosak bila sampai kat tangan kak rose nih!

Kak Rose said...

Ummi, rasa mmg dah ok sangat tp kejadiannya tu... kesian kak rose kan!

Anonymous said...

dh bt ari 2 kak rose..sdp sgt..tapi terlbh mskkan srbuk koko..