salam semuanya.... sepanjang hari hujan yang sangat lebat di shah alam ni.... sejukla sikit hari ni.... kalau selalu tu sangat panas berbahang je sampaikan kak rose ni dah terkena gatal gegata.... x tau dek kerana panas or salah makan.... nak kata makan yg gatal2 x jugak. seboleh2nya dah avoid semua seafood, tp petang semalam makan sambal ikan bilis kot, mak ai.... pagi tadi gegata menyerang dengan banyaknya.... gatalnya Tuhan je yang tahu... dah g jumpa 3 doktor tp katanya kita kena monitor sendiri apa penyebabnya... adoyai!!!! pening kepala dengan gatal nih! ada x kawan2 yg tau nak buat camner dengan gegata nih. banyak baca diinternet dengan bermacam remedy, dah try jugak tp it seem x hilang pun! bila makan ubat hilang kejap, pas tu ada balik! buat roti jala ni nak makan dengan gulai daging pun takut jadinya! sudahnya makan roti jala cam tu jer.
resepi roti jala dari Ummi, mekasih ya. cuma hubby je yg makan dengan gulai daging ni.....
ROTI JALA by Ummi
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning (kak rose tambah warna biru)
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.
17 comments:
Alamak teringin nak menjala le pulak.
salam selamat hari raya
wah ada roti jala cantik roti jala tika tu...sdp cicah kari
Alamak ini first time tgk jenis color ini macam...abah mmg suka roti jala
Siapa Sabotaj Siti
Petai Gergasi
Siapa nak Pahala Percuma
Cantik roti jala diaaa...senang ada 2 botol ya k.Rose...Ummi ada satu jek, kena pi cari lg satu laa..senang nak wat kaler maler...hehehe
Hello Kak Rose, this the first time saya tengok a colour roti jala. Looks too beautiful to eat, ha ha.
Saya agak2 8 pieces might do fine with me....
It's really beautiful....
I suka the warna biru tu.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
Salam Kak Rose.. adekah akak alergik? cam SK.. x tau naper sejak kebelakangan ini dia sering diserang camtu.. memula ingt mkn ayam, x jga mkn seafood x juga jumpa mcm2 doc. last2 doc kata alergic yg akn hilang sendiri x tau bila mgkin 1-2 thn.. mkn ubt alergik tuk mlm n siang.. alhamdlilah kurang dah.. kekadg perlu ader stok ubt.. paling kesian bila kena kat mata atau bibir huh bayanglah kak...
ok tang roti akak bkn cam menjala tapi menganyam canteqnyer kak.. memang cam tikar.. erma wat aritu simple jek he he he..
tgk kak rose menjala, terasa mcm nk menjala jugak laa..
cantiknya...macam tikar mengkuang pulak. saya ni acuan belum beli2 lagi...teringin gak nak cuba
sam, sbb kari dah ada tu yg rajin nak menjala tu.
Sheila, selamat hari raya jugak... mmg sedap makan ngan kari daging tu!
abah khalisa, ni lah untungnya ada ramai sifu blogger masak2... macam2 idea boleh dapat!
Ummi, botol ada 2 tp tang menjala tu x brapa pandai... sememeh je jadinya.
Uncle Lee, yes 8 pcs tu just nice for my hubby, sedap makan dengan kari...
have a wonderful weekend ahead.
Erma, x taula tetiba je allergic... yg payahnya x tau what is the cause... dah abaikan semua seafood dan yg sewaktu dengannya, tp kekadang masih ada timbul jugak. ggggrrrrrr!
kalau boleh x nak depend sangat pd ubat yg mengantuk tu, so makan when necessary jer.
tengok kat rumah erma la ni yg jd teringin nak wat menjala nih! cedap tp makan gitu jer... takut gatal nak cicah kari pun!
tun, kak rose ni cam tu la... x leh tengok orang tayang... nak makan saja!
Cheq Sue, bli jangan x bli... nnti leh tayang roti jala tikar mengkuang!
akak.. mcm mana buat jadi mcmtu? sy slalu buat roti jala..tp .. mcm mane bole buat cantik je mcm tikar mengkuang tu??? bahagikan jd 2 kaler la erk? lepastu jala asing asing ke?
Post a Comment