bila dah lama x bukak rumah maya ni dah jadi lemau lak nak mengupdate kan dapur ni... nak masak2 pun malas apa lagi nak amik gambo n mengedit lg.... tp kerana nak makan masak jugak lah tengahari td...buat ayam phat phet ni dan sayur goreng, makan dengan nasik panas2.... dapat makan nasik, entah bila pulak nak ganti posa pulak.... harap minggu depan boleh mula....meh kak rose sharekan resepi ayam phat phet ni kat sini pulak ya... mekasih widad.
Bahan-bahan
- Bahan A (Blend)
- 5 biji cili padi (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
- 2 hiris halia
- kunyit hidup
- 1 atau 2 batang serai
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- Bahan B
- 3 keping ayam mentah dipotong dadu
- 1 batang serai
- 1 asam keping
- 4 helai daun limau purut
- sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto
Cara-cara
- Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
- Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
- Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...
8 comments:
pnh gak masak ayam lebih kurang camni tapi tak pnh lg letak daun limau purut..nanti nak cubalah.. (:
kyo, cubalah... sedap taw... ada rasa macam rendang pun ya jugak!
Sedapnya ayam...ala ala rendang!!! Yummmy :)
nmpk sedap n simple....nanti boleh try buat!!
wangi serai dan daun limau purut tu yang best tu kak :)
Love,mmg yummy sangat!
RashAtie, macam rendang yg simple yet soooo sedap!
kasih, mmg betul tu harum semerbak bau serai dan daun limau purut tu.
Post a Comment