Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, April 25, 2011

Talam sagu

petang td buat kuih talam sagu ni.... selalu tu buat sagu yg makan dengan kelapa jer atau pun buat puding makan ngan santan n gula melaka tu... ingat sikit je bila tengok adunan tu secawan sagu.... bila dah siap, mak ai punyalah banyak..... boleh ngulang2 makan!

resepinya kak rose cnp dari rumah yatie yg pakar buat bermacam kuih talam ni... ramai yang dah mencubanya, tu yg kak rose pun teringin sangat nak makan. terimakasih ya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - saya letak 3/4 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. kak rose guna acuan kecik2 n loyang gak.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.
Nota saya= Saya masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Hendaklah sentiasa di kacau supaya adunan rata. Selepas itu saya masukkan dlm acuan kecik. Saya kukus dlm 15 minit. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

*** kak rose ikut cara macam yatie

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung- saya tambah
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Saya kukus 15 minit je sebab guna acuan kecik.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Saya guna acuan kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni.
buat dalam acuan apam dan lap u lap me, ada lagi yang dalam loyang

27 comments:

Sheila Shafeareen said...

As'salam kak rose wah cantik talam sagu akk merah lagi
sy punya dah habis licin so dtg sini nak rasa yg akk bwt pulak..hemmm sdp nyaman aje....

cik cek said...

sALAM Kak Rose...

Putih merah menggoda jiwa....talam sagu ni dah singgah rumah kak rose pulak...tgk gambo je cek dah terasa nak makan....ada lagi ke kak rose...nak seketul...;-)

Yatie said...

Assalamualaikum K.Rose,
cantiklah talam sagu akak ni...geram je tngk...rasa nak wat lagilah...aritu Yatie buat kaler ijau sbb anak bongsu tu suka sangat ijau...merah mmng mengoda jiwa ragalah...hehehehe..

Nazrah said...

Salam Kak Rose...
Dah sampai rumah kak rose rupanya...talam sagu ni belum lagi singgah rumah saya...cantiknya warna talam tu

Unknown said...

Assalam kak Rose, wah dah sampai dapur akak dh kuih talam ni...nieza pun dh buat memang sedap kan..memang byk dpt tu..maybe sagu tu kembang kot jadi banyak kan.

Mas said...

cantiknya talam sagu akak ni...
sedappkan kak talam ni....
mas suka sangat...

tun_telani said...

ada lagi dlm loyang ye kak rose.. nnti tun smp nk tumpang makan ye..

HaSue said...

ya ampunnn..kak rose nih menggoda2 lak..ahh..lx thnnya!nk wat gak laa nantii..heee

CT Delima said...

Assalamulaikum Kak Rose...cantik mulus dan kemas jer hasil tangan kak rose ni. CT memang pantang kalau ada kuih2 berasas kan sagu ni. kalau makan sejuk2 pun sedap kan :D

Kak rose, CT mintak izin nak link blog kak roase di Dapur CT ya.. tr kasih kak rose

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Kak Rose...
Cantik & kemas jer talam sago kak Rose nih :)

geez said...

menyelerakan btol la kak rose talam sagu ni. kombinasi merah putih, mmg nice....

anymz said...

salam kak rose
sopannya talam kak rose tu ya..
hehe..terima kaseh kak kerana sudi mencuba resepi nih..memang sedap kan?..mmg mabeles..

izahdaut said...

wah dah ada kat sini talam ni.. nak jugak lah

Kak Rose said...

sheila, jemput masuk... ada lagi seloyang nih.

Kak Rose said...

cik cek... kasi kaler2 yg terang n contrast biar lagi menggoda untuk dicuba!

Kak Rose said...

yatie, kaler apa pun x kisah, yg penting sedap..tentu anak bujang kecik yatie tu suka sangat kan!

Kak Rose said...

Nazrah, terguda nyer pasal la... sampai jugak akhirnya!

Kak Rose said...

Nieza, terpesona ngan kaler niza buat tu yg x tahan... so buh jugak kala merah!

Kak Rose said...

Mas, cantik elok jadinya... x berbiji2 putih tu!

Kak Rose said...

tun, kalau dekat kak rose dah g anto... seloyang lagi tu!

Kak Rose said...

Ha Sue... silakan mencuba... pasti x rugi!

Kak Rose said...

Ct Delima, kalau tengok sifu2 masak tu buat lagi la tergoda dibuatnya.

tq sudi link kak rose nya... nnti kak rose link balik ya

Kak Rose said...

Mama Hawa, mekasih... baru blaja2 nak buat kuih talam...

Kak Rose said...

geez, cubalah... bahan pun mudah jer!

Kak Rose said...

Anim, terima kasih share resepi yg mabeles nih. posing kena sopan2 barula sedap ati nak ngapnya!

Kak Rose said...

izah, dah sampai seru tu.... kalau x ramai buat 1/2 adunan je... sbb sangat muai. banyak dapat!

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose, pertama kali Ratna menengok rupa kuih talam sagu ini. Ada Sis Kecil Ratna berkata mengenai kuih talam sagu, Ratna jawab iya ke betul ? iya lah ditanah Malaya dah glamour banyak kuih-muih telah diubah-suaikan.

Dah betul lah tu ..Kak Rose telah membuktikan kesangsian Ratna selama ini. Terimakasih Kak Rose jika dekat sebelah rumah se-bouquet bungaan Ratna berikan buat Kak Rose.

Pasti lemak-lemak manis buah rasanya talam sagu Kak Rose itu, kempunan lagi ..
Salam manis manis madu.