selamat pagi dan selamat berhari minggu.... pepagi ni kak rose nak tepek kuih lompang yang baru buat ni..... nak wat sarapan x sempat lak sbb dah kelaparan, so bekpes dengan roti bakar je. sebenarnya td pepagi lagi kak rose dah meronda2 rumah orang.... bw sambil nyelongkar carik2 resepi nak masak apa ari ni.... tetiba terpandang kuih yg kalerful ni kat rumah Naz cute oven,yg resepi asalnya dari blog Bro Rozzan. rasanya dah lama jugak x buat kuih ni, so terus lah menjalankan projek ni....
Naz, terima kasih dan kak rose mintak izin nak cnp resepinya dan sharekan kat sini ya...
KUIH LOMPANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
50 gm tepung beras }
50 gm tepung ubi } Bancuh bahan-bahan ini hingga sebati - ADUNAN A
100 ml santan }
125 gm gula pasir }
100 ml air } Masak hingga gula larut dan sejukkan - ADUNAN B
1 helai daun pandan }
1/4 cawan kelapa parut muda }
Secubit garam } Gaul sebati dan kukus sebentar
Beberapa pewarna pilihan
Cara-cara :
1. Masukkan ADUNAN B ke dalam ADUNAN A. Kacau sebati dan tapis sekiranya perlu.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan anda.
3. Panaskan kukusan. Sapu sedikit minyak masak di bahagian dalam acuan lompang.
4. Susun acuan lompang di dalam pengukus. Tuang adunan lompang dan kukus 8 hingga 10 minit atau sehingga masak.
5. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut apabila ingin dinikmati.
NOTA : Dengan adunan di atas, Naz dapat 16 biji kuih lompang ni.
27 comments:
salam kak rose
lawo nya lompang kak rose..kalerful lagi tuh..elok je tersusun..pekenan tengok..nak 5 ketui..hehe
Anim, nah amik yg bersusun dalm piring panjang tu... cukup 5 ketui jer?
cantik tersusun indah berwarna warni kuih lompang tu..kalau kat rumah ank2 dan suami memang minat dan suka makan kuih lompang ni :D
CT, anak2 pasti suka dengan kuih yg warna warni ni...
k rose, lompang rainbow ni menarik sungguh. budak takat budak2, cek yang besaq dah ni pun terpikat.hehe
betul..betul...cantik jer tersusun dgn kaler yg berwarna-warni...sungguh menarik. sedap kuih lompang...dh lama x makan... :)
Assallamualaikum kak Rose..
Cantik2nya kuih lompang akak... Kalau nampak anak Naz ni, mau dia suruh buat lg kuih ni..hehehe..
alahai kak rose.. comey nyer kalepul.. budak2 sure semangat nk makan nih. (makcik budak pun sama..hihi)
cek chun, dapat nama baru lak kuih ni... lompang rainbow!
inaku, bolehlah mencuba lepas ni....
Naz, ni ikut naz punya kaler tu la. cantikkan!
tun, mak budak pun sama2 suker...x la asik kaler cekelat gula merah tu je kan.
Assalam K.Rose,
cantiknya kuih lompang akak ni..teruja yatie melihatnya...geram je nak buat gak...
yatie, dah cantik dan sedap, tp lesung pipitnya sikit sangat...kenapa yek?
den dok telan air liur nenguk cun melecun camni...
cikwawi, cantik dan sedap tau... silakan mencuba ya!
Assalam kak rose,
cantiknya warna kuih lompang kak rose ni..
suka tengok...mesti budak2 suka kalau kuih colour2 gini..eh mak budak pun suka haha..
Waalaikumsalam Ayu, saja kasi kaler2. mmg mak budak yg makan banyak pun!
Assalamualaikumwbh kanda cayang....
Wohh rase mcm owang bercinta lak...rindu kat kak! Ni baru dpt BW...AYu pun busy ngat.....kak ok?
Anyway....kuih lompang tu nampak cekciiiiiiiiiiiiiii...auuuuuuuuuw, mak suke, mak suke, mak suke.......heh3:P
Assalamualaikum kak Rose,
sedapny kuih lompang yg berwarna warni...lagi sedap kalo dpt merasa...hihihi
Waalaikumsalam Ayu, sejak balik mesia ni bz memanjang ya... tq meluangkan masa singgah kat sini.... nak idang kuih lompang dah abes la pulak!
Walaikumsalam Nuridah, saja bagi kale2, tp mmg sedap pun makan ngan kelapa bergaram tuh!
Telan air liur sy tengok kuih lompang akak. Lama tul xmakan. Pos kat umah saya 10 ketul!!
geez, alamak dah abes la....cubala... bahan pun simple jer. yg penting sedap!
salam kakrose, suke nya saya kuih2 lompang tu, cantikkk, kalu makan lg la sedap. nk blaja buat jgk lah, copy resepinya ye,tk.
hello kak rose - terimakasih kerana sudi berkongsi resepi kueh lompang ini. saya keliru satu perkara. ada tak bezanya antara kueh lompang dengan kueh kosui? saya orang singapura dan tak gitu pandai soal kueh-mueh semua. satu lagi perkara yang mengganggu saya. dulu, waktu saya kecil, pernah saya makan pulut ditambah kacang mata hitam dengan kelapa parut, dibungkus daun kelapa. rasanya lemak, manis, masin. mak saya pun tak gitu pasti, tapi mak kata kueh tu namanya lepa kacang. sekarang kat singapura tak ternampak lagi. betulkah kueh ni namanya lepa kacang dan tahukah kak rose cara membikin? terimakasih dan harap kak rose dapat bantu saya dengan soalan dua ni.
hai, nak tanya apakah perbezaan dengan kuih kosui dengan kuih lompang?
Post a Comment