Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, April 10, 2011

Apam snow white

salam hari minggu semuanya.... semalam buat apam dan hari ni apam lagi.... macam x jemu makan apam kan... asal ada nasik lebih je mesti teringat nak wat apam dan apam ni dah ramai yang mencubanya.... merata blog ada apam ni kak rose je yg ketinggalan ketapi.... tengok gamba dan komen di Myr tu punyalah banyak, dah semestinya sedap kan.... bermacam2 kaler ada versi apam ni, tp kak rose sangat malas dan nak kekalkan dengan namanya sebagai snow... so putih je la....

resepinya kak rose cnp dari Myr oleh qnq0910... mekasihya dan kak rose nak share kan kat sini lak...

Bahan-bahan ( 5 orang makan )

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Cara-cara
  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
  7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

sangat gebus dan lembut jer.... makan dengan kelapa putih bergaram....wallahhhh sedapnya.

14 comments:

cik cek said...

Apam seputih salji...gebu menggebu....sedapnya kak rose....nak sikit....

Kak Rose said...

cik cek, mari2 ada banyak ni... meh kita dinner ngan apam nih..

kasihredha said...

bestnya kak
saya biasa beli je
rasa mcm nak buat je, bhn2 pun simple je kan

Nuridah said...

Nur pantang tengok apam,pasti ngeces...febret ni...

Kak Rose said...

kasih, bahan dan buatnya pun mudah... sedap lak tu. x rugi mencuba buat sendiri...

Kak Rose said...

Nur... patut pun ngences sbb apam ni tersaaaangat sedap, gebus n lembut jer...

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Amboi snow white muncul kembali. Jeles...jeles..

Kak Rose said...

sam, yes snow in shah alam... hehehe

TopsyTurvyMum said...

tergudaaaa..

k rose, mauripan tu, yeast la kan?? ker ragi?

hani said...

salam kak ros,
gebu apam akk...besst

Kak Rose said...

TTM, yeast kering.

Kak Rose said...

hani, mmg gebus n lembut lak tu. sedap!

Unknown said...

wahh sedapnya apam gebus ni kak..suka mkn apam ni lama dh tak buat..

Kak Rose said...

Nieza, ada nasik lebih je boleh buat apam nih!