Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, June 29, 2011

Puff kelopak versi hangus!

salam semua... tu dia versi hangus nyer puff kelopak.... dah lah x nak kuor lapis2 nya tu dah tu pulak tuan yg membakar ni dok leka bw.... (yg banyak main game jer...) dan ni lah akhirnya... walaupun hangus tapi tersangatlah rapuhnya....leh tengok CMG punya puff tuna kelopak yang sangat cantik tu kat sini ya... tp jangan la bandingkan kejadian puff kak rose yg telah hangus hancus ni... apapun mat, kak rose cnp resepinya ya.... terimakasih daun keladi, esok2 nak amik resepi lagi...

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin tuna, tos dan hancurkan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 biji bawang putih, cincang halus
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1/2 camca besar mentega
Secubit gula

BAHAN LAIN :-)
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
Kuning telur, disapu
Sedikit lada hitam, tumbuk halus
Sos pilihan (optional)

walaupun hangus hancussss menjadikan puff ni tersangatlah rangup....

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK INTI TUNA :-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  1. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemeran, jika suka...
sebelum kebakaran.... nak jugak enterframe kat sini!

CATATAN MET GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

22 comments:

Rabiatun Adawyah said...

Assalamualaikum kak...wahhh..geram ler tengok puff ni..Tun belum pernah cuba yang versi kelopak ni..mesti sedap yer...

kasihredha said...

kak rose
yg penting sedap kak
rupa paras bukan ukurannya.
saya hari tu buat puff...pun on kan fan
memang ringan dan rangup sgt kak :)

Mat Gebu said...

salam kak rose - kak, ni nak bagi tau rahsia, saya kan masa buat pestime tu je jadi lawa..lepas tu kan buat kemudian, dia tak mo terkangkang..semua kuncup, erkk..pesal ntah..

Cheq Sue said...

xpe kak rose...yang hangit tu yang sedapnyer... bak seketui

Trying To Be Muslim.. said...

Kak Rose...hangus yg merangupkan ni.....berselera je ayu nengok ni ha....mmmm nak wat gak la puff besok....;)

ainnoraini said...

kalau saye buat lagi hangit agaknye...
tapi nnpk sedap jer kak rose

Kak Rose said...

Rabiatun, ni la versi kelopak yg x kembang... hangus pulak tu!

Kak Rose said...

kasih, kak rose guna oben cap ayam je... x de fan bagai.... tp hangus tu yg mmbuatkan dia rangup kot!

Kak Rose said...

Matttt!!!! the secret is no longer a secret lah... ingatkan kak rose nyer je yg x mo kembang tu!

Kak Rose said...

cheq Sue, hangit pun belasah jugak... rangup je!

Kak Rose said...

Ayu, jgn bandingkan kejadiannya ngan kak rose punya taw...hancus betul!

Kak Rose said...

ainnoraini, x cuba x tau kan... tu asik leka ngadap pc jer!

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose, mana ada hangus-nya puff itu .. Kak Rose sebagai info disini kalu membakar puff ke, quiche ke atau tart orang Peranchis tidak suka warna pucat-lesi mahunya warna tan ke-ber-brown-an itu (ada ke ayat ni!), voilà .. atau sama warna seperti brown suntan tu bagi mereka baru tampak menarik!
Bagi Ratna juga tidak ter-hangus tapi ter-perang saja, gitu ya Kak Rose.
Walaubagaimana pun kerja tangan Kak Rose begitu tertip lagi kemas buktinya puff sebelum dibakar itu.

Salam manis manis madu.

Kak Sam said...

Hangus pun hangus le. janji sodap..

zanafahmi/PB said...

Kak rose, hangus2 pun jadi jugak, kita ni langsong tak pernah tengok pastri puff tu.....puas cari tak jumpa. teringin sgt ni....tak kesian ke?

Cik Puan Izan❤ said...

mana ada hangus kak rose..nampak lazat jer...

suri solehah said...

kak rose..suri nk mintak maaf sesangat kat kak rose...hari ni baru tahu...guna lappy hubby baru muncul gamba tu..igt copi resipi je..penya terpaste ngangamba sekali...sekali lg beribu ampun ye kak..

Kak Rose said...

Ratna, hangus sikit n terlebih rangup.... n thanks for the compliments....

Kak Rose said...

Sam, betul tu..

Kak Rose said...

ala ciannya.... zana, kat sabah susah carik ya... tengok kat bhg frozen food kalau2 ada, nnti boleh lah mencuba...

Kak Rose said...

Izan, wpun hangus tp ttp lazat... laju je kena ngap!

Kak Rose said...

Suri, x pe... as long as ada backlink tu kira ok lah...tolong promot apam yg cantik dan sedap tu jugak kan...