Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, June 17, 2011

Botok ikan tenggiri

salam semua.... ni botok bukan sebarang botok ya.... botok yg enak dimakan dan akan membuat kita bertambah tembam kerana lemaknya.... kalau nak botok yg tu x dapek lah nak melayannya! ari tu ada bli seekor ikan tenggiri tp x masak lg.... so soh la pakcik google ni tolong carikan resepi ikan tenggiri ni.... jumpa yg ni lak under label resepi masakan indonesia.... eh! masakan indon ke ni... tekak jawa ni x pernah lak wat cam ni dan terus mencuba.... not bad, sedap gak.

meh tengok resepinya kak rose cnp dari sini, mekasihya dan kak rose nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tenggiri, cuci bersih & potong-potong (kak rose buat 3 keping jer...)
100 ml kelapa dari ½ biji kelapa parut
2 tangkai lada hijau, hiris serong
15 tangkai cili api, potong-potong
aun pisang untuk membungkus

Bahan kisar:

2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sdt ketumbar
1 helai daun limau
garam secukup rasa
kak rose tambah perahan asam limau

since kak rose buat guna 3 keping ikan jer, so kak rose ejas bahan2 sesuai dgn ikan...


Cara Penyediaan:

Gaul semua bahan hingga rata. Perap selama 15 minit.
Sendukkan ke atas daun pisang, bungkus seperti tapai dan semat dengan lidi.
Kukus selama 30 minit.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

11 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak rose...
mcm dah terasa2 aje kesedapan botok ni...

Ida,Japan said...

Mesti sedap ni k'Ros...alahai kelapa la pulak takder..kelapa kering tak sedap..

Bintangjauh said...

Salam Kak Rose, ya ampun masakan botok ikan ini setahu Ratna asal-usulnya dari Bangkahulu/Bengkulen Indonesia keluarga belahan Ibunda Ratna asalnya dari sana jadinya masakan botok ikan ini sering disediakan akan tetapi resepi tulin menggunakan daun keladi kemudian dibaluti bungkus dengan daun pisang, ya gitu.

Haisshhh .... Kak Rose ni .. pagi-pagi dah bikin kan Ratna ber-nostalgia lagi ...

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Madiha, kak rose pun ni baru buat... sedap lak...

Kak Rose said...

Ida, duduk dirantauan ya... guna je apa yg ada, tp x kan sama rasa kalau guna fresh kelapa kan...

Kak Rose said...

Ratna, thanks for the info... kak rose pun baru jumpa resepi ni dari masakan indonesia... so mencubalah...tp mmg x kan jumpa daun keladi tu ...

♥MAMASYAZA♥ said...

memang sedap ni

Kak Rose said...

mamasyaza, simple n sedap!

Cendana Kasih said...

dulu saya pernah buat si botox ni..tp skang ni susah ler..daun pisang takde... pakai daun mangga leh?? hehehe

Kak Rose said...

Noorma, kalau sanggup makan dengan daun mangga apa salahnya kan...he he he. susah2 guna foil je!

ain nazathul said...

slm kak rose,ni la botok2 yg mmg ori dr indonesia.mcm ratna ckp tu.mummy sy pun wat camni.guna daun keladi.sbb kami keturunan jawa.hehe...x mcm resepi botok2 yg lain.kebanyakan guna rempah kari..yg ni simple n mmg sedap...nak sdp lg,kelapa parut tu biar halus ckit..hmmmm..rindu kat mummy sy...