Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 24, 2010

Terima kasih & gulai cendawan weird!

salam dan selamat petang.... kak rose nak ucapkan bebanyak terima kasih pada kawan2 yang sudi bagi idea camner nak masak cendawan wierd aka cendawan busut nih.... untungnya ada intenetkan.... boleh mendapatkan feedback dari kawan2 dengan x yah keluar rumah.... feedback semua ada di alam maya je..... bermacam suggestion yang semua enak2 belaka.... sekali lagi terima kasih kak rose ucapkan.
dan pagi ni kak rose mintak cik google carikan resepi nya..... banyak masak gulai je... so kak rose pun buat masak lemak cili api style negeri sembilan punya.... cuma x la letak cili api banyak2... kang x terdaya nak nanggung asik ke bilik air je kang... jadi ikut tahap kepedasan kak rose je le....

masak lemak cili api cendawan busut yang sedia untuk dingap...

kak rose letak sedikit udang kering yang ditumbuk kasar dalam gulai tu.... mmmg sedap cendawan nih.... kenapalah selama ni x tau yang cendawan ni begitu sedap... tp kalau jumpa dikebun pun mesti takut nak kutip... takut lain lak kang jadinya..... baru teringat cendawan inoki kak rose dalam fridge.... bila tengok dah lebam abes! x sempat nak masak dan yang mendapat habuan ialah cik tong je! selamat menjamu selera ya cik tong!

10 comments:

.:Yana:. said...

sedapnyer kak..terliur ni....
susah nak dapat tau cendawan ni kak..
nak kene carik jugak ni...
slurpp..

Kak Rose said...

mama dhia... betul la. mmg sedap! tp x tau mana nak carik... kat kg2 kot!

anymz said...

salam k.rose.sedap cendawan ni.kdg2 tumbuh merata depan rumah saya nih..
org ns kalau masak ni selalu kitorang masukkan sedikit rempah kari,kita buat masak pindang atau rendang berkuah,,sedap.manis kuahnya kan?

Kak Rose said...

salam anymz, oooo kena letak kari ke? x tau le pulak.... kak rose wat cam besa jer, tp mmg manis kuah dia.... x letak gula pun!

Jagungmanis said...

salam mbakyu..
cendawan busut kui opo boso inggrise yo?

Kak Rose said...

dee tha, ora pernah ketemu jamur koyo ngene... ni 1st time tu pun jiran yg bagi!

::Azura Rahman:: said...

alahai kak rose... rasa cam nk terus zaaaasss pegi umah kak rose nk meratah lauk cendawan tu.. zura dpt merasa sekali je laa masa g N9 aritu... sedap giler kan..

Kak Rose said...

zura... mmg sedap. len kali dah tau la kalau jumpa cendawan ni lagi... x la jakun sangat!

Anonymous said...

salam,

selepas memberi komen di sini tentang cendawan busut ni...terfikir di dlm hati...best nya kalau dapat makan. alhamdullilah! suami balik drp seremban guna jalan lama ada orang jual kat tepi2 jalan antara beranang dan semenyih. sekilo rm15..apalagi borong ler..hahaha tapi jenuh ler nak membersihkan nya tapi makan sedap giler gulai lemak cili api serai cendawan tambahan lagi makan dengan ikan masin memang bertambah!
sori bagi komen panjang2 lak!

Kak Rose said...

Anon, dapat jugak merasa cendawan mahal nih! wpun mahal tp puas hati sbb sedap sangat kan?