Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, November 3, 2010

Roast chicken.... again

salam semua.... dah makan tengahari? aik, tanya macam nak ajak makan jer? oh... no problem punya..... ari ni buat lagi sekali roast chicken ni sbb yang buat ari tu anakanda belum balik dari kolej.... so dia cuma tengok dlm blog mama jer. kali ni buat sebelum anak balik semuala ke KMPK pada ahad ni.... makan dengan mash potato dan coleslow.... tp hampeh sekali lagi, pagi ni g tesco cari kubis yang kaler pepel tu masih x de, x koser nak cari tempat lain..... jadi lah coleslow tu pucat lagi..... hu hu hu.... mash potato tu kak rose cuba resepi dari sini.... masih ya wana kak rose copy resepinya....

Resepi Kentang Putar ( Mashed Potato)

6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam

Cara membuatnnya

1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.


tamak meal.... roasted chicken, mash potato, coleslow n salad tomato n zucchini (camner la x gumuks kan?)

hidangan tengahari kami 3 beranak..... budget nyer! x sampai pun 20 hinggit. kalau makan kat luar maunya baru dapat sepinggan.... huh! kedekeut kan? x lah.... itu namanya berjimat!

extra salad untuk munchy2 cam kamben!

9 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Kamben pun Kamben lah...dah tak makan ayam nak buat cam mana!! Nak juga tumpang semeja!

Kak Rose said...

watie, ohhhh ruginya x makan ayam? pantang ke? kak rose suma belasah jer... eh eh batu ngan kayu x makan le!

suhailas said...

Salam KakRose,gravy ayam tuuu cammana nak buat yeee....terliur tgk niii....

Lin Rosly said...

Salam Kak Rose...Anak2 Lin Suka Makan Ayam...Bila Dia Org Tgk Ni Pasti Terliur....

fara dean said...

salam..
kak..smlm sy tgk michael smith buat roast chicken kak..sedap! nnt nak buat juga..

Kak Rose said...

suhailas, cara kak rose senang jer.... lebihan gravy masa kita roast tu, tambahkan bancuhan tepung jagung sikit dan panaskan balik. dah siap

Kak Rose said...

Lin, kalau anak suker makan lagi rajin la mamanya nak buat, kan?

Kak Rose said...

fara, kak rose belasah je... asalkan sedap ditekak kira ok la tu...

Sally said...

akak..Sally teringin nak buat roasted chicken ni..tpi x confident lah guna oven..takut ayamnya tak masak. err oven buat biskut tu boleh guna tak untuk panggang ayam tu?