Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, November 23, 2010

Kuih kaswi

salam dan selamat malam semuanya..... dari semalam lagi terliur tengok kuih ni kat rumah Yatie tu..... pas tu tadi nampak jugak kat rumah izah..... bertambahlah terancam jiwa dan raga kak rose.... biarpun kelapa putih x de tetap buat jugak dan makan dengan kelapa yang tuek yang penoh dengan itam2 ni.... ah.... sungguh mengurangkan kesedapan kuih ku ini!.... apa pun janji dapat makan dan x delah kempunan x dapat makan kuih kaswi ni kan...

resepinya kak rose copy dari rumah yatie, tp kak rose buat 1/2 adunan je.... maklumlah rakyat x ramai. timakasih daun keladi ya, len kali nanti kak rose kopi lagi.... meh kita tengok resepinya...

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :
  1. Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  3. Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  4. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  5. Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  6. Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  7. Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  8. Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  9. Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  10. =>Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  11. Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  12. Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  13. Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  14. Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
hilang dah ayaq liur yang menjejeh dapat makan ni.....

10 comments:

Yatie said...

Salam Kak Rose,
Cun nya kuih kaswi akak tu....jeles tau di buatnya...thanks sudi cuba kuih yg biasa2 je ni...kuih ni mmng kegemaranku...rasa mcm nak wat lagi je esok, kecur tngk akak punya ni...

Lin Rosly said...

Salam Kak Rose....
Cantiknya Kuih Kaswi Tu....

hana said...

kita pulak yg menjejeh air liuq... camne nih kak rose?? nak makan mau..nak buatnyer ngak mau... huwaaaa...

izahdaut said...

kak rose...... lawo la kan buat dlm bekas cenggitu..eh cam nak buat je lagi..sedap wangii..tapi syarat kena ada kelapa.. kak rose..ada award tuk kak rose..

Kak Rose said...

yati, tengah rajin jadilah kuih kegemaran tu... belasah jer dengan kelapa tua pun!

Kak Rose said...

Lin, cubalah, sedap tau!

Kak Rose said...

hana, kak rose pun dah pueh menjejeh semalam.... so kena gae dewe yo! nyoh kono nyang dapur!

Kak Rose said...

izah, tu le nengok yatie n izah nyer le yg x tahan tu. award ya, tq nnti kak rose amik ya...

HALAMANKU said...

Kak Rose...erma dah terlambat...tapi akak ader lagikan kaswi tuk erma... bilalah erma nak wat kaswi...

Kak Rose said...

erma, kesian dah terlewat.... cubalah. senang je...ecece macam pandai jer kan?