Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 19, 2010

Apam salju

menu minum petang tadi..... bancuh adunan sebelum g kenduri lagi sbb nak perap lama kan..... 3 jam tu! tapi kak rose perap hanya 2 1/2 jam jer sbb tengok dah kembang elok... tp sebenarnya x sabo nak tengok hasilnya tu yang cepat je nak kukus, nasib baiklah menjadi n gebus, x lah sesal kukus awal tu kan.... cuma kaler tu x ijo macam yatie punya, cantik je.... kak rose ni kedekut kaler tp sebenarnya kak rose suker kala yang mild gitu.... memasing punya citarasalah kan... sangat teruja tengok apam yang Yatie tayang terus teringin nak makan! pelahap ke?

resepinya kak rose amik dari rumah Yatie, dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini ya.... terimakasih daun keladi..... lain kali nak resepi lagi!

Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

kak rose buat 1/2 adunan je, tu pun dapat banyak..... 18 biji acuan apam nih... 12 biji kak rose bagi kat jiran dah. makan cicah dengan kelapa parut, hmmm boleh terus wat dinner! k kak rose nak kemas beg esok nak g Alor Star..... bye.

1 comment:

cikmar said...

kuih ni memang tak mekar ek..new recipe..tq