Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 13, 2010

Puff inti daging

salam dan selamat berehat dihujung minggu....dan bekpes ke pagi ni? tentunya sedang bermalas2an bersama keluarga kan.... puff ni kak rose buat untuk minum petang aka dinner semalam.... yalah..... lunch tu dah makan sangat heavynya, jadi malam makan puff ni jer dengan nescafe panas2.....

ni sebenarnya nak kongsi kegembiraan dengan nor secubit garam yang berderet2 kuor menu puff dia..... kak rose pun x mo ketinggalan sementelah puff pastry pun dah sedia ada... daripada dia dok betapa dalam fridge baik buat sesuatu kan....intinya kak rose buat macam inti karipap daging tu dan sumbat dalam.... senangkan..... untuk puff nyer kak rose copy dari blog DTS yg banyak menunjuk ajar cara2 dia siap dengan step by step lagi..... macih ya mat.

UNTUK CURRY PUFF :-
Ambil sekeping pastry puff (mat guna yang berukuran 4 x 4 inci), potong dua, isikan inti pada satu bahagian puff, dan bahagian satu lagi dikelar tapi jangan putus.
Letak atas inti tadi dan tekan tepinya dengan garfu supaya melekat dengan pastry bahagian bawahnya.
Alihkan ke dalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan sedikit mentega.
Buat hingga siap.
Sapu kuning telur pada permukaan pastry dan tabur sedikit lada hitam kisar.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit. Kalau oven ada fungsi kipas, boleh gunakan untuk membakar. Sejukkan atas jaringan. (oben kak rose x de kipas hu hu hu)

yang ni untuk Angah.... kebetulan masa kak rose nak mulakan projek ni, anak kawan ada tepon, mama rose wat kueh apa petang ni? aik macam terbau pulak kan... so buat puff ni sepeket... 10 keping jer pun.... dan 6 ketul bagi kat derang. kak rose ngan abang 2 ketul sorang. cukuplah kan .... x leh makan banyak2 nnti gumukzzzz. (makan ayam 1/4 ekor dengan segala mak nenek sampingan x pe? x takut gumukz pun....)

sebelum dan selepas kebakaran..... dan yang dah siap untuk dingap!

4 comments:

K.Nor said...

sorang lg kena virus puff... hehe

moklong said...

nmpk mcm ala2 secret recipe jerk kak rose. tentu sedap kan.

Kak Rose said...

terjangkit virus puff dari terengganu! sedap x pe jgn penyakit sudah.

Kak Rose said...

moklong... sekret resepi sendirik je.... janji sedap kan.