Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 11, 2010

Mee hoon goreng kunyit

selamat malam dan ini entry sebelum tido..... tu dia ... tadi kat Bangkok la ni dah mai Shah Alam ........ masak untuk dinner tadi, sbb dah terpandangkan keenakkan nya kat rumah ika bangkok tu teruslah kak rose pun teringin nak buat.... selalu kalau goreng mee hoon ni dengan kicap atau cili jer kan. kira ni first taim goreng mee hoon dengan kunyit.... dengan adanya lada hitam tu jadi rasa seakan mee hoon singapura cuma kaler kuning gitu.... itu yang kak rose rasa la kan....

apa pun tima kasih ika, Madiha n Ayu kerana resepinya dan kak rose nak panjangkan kat sini ya.....

MEE HOON GORENG KUNYIT

Bahan2
(kak rose buat 1/2 bungkus jer dengan bahan apa yang ada dalam fridge)


1 bungkus bihun (400g) - direndam dlm air biasa hingga lembut/semalaman -toskan
  • 1 keping dada ayam - dipotong kiub kecil (boleh gantikan dengan apa2 rencah yang disukai-spt sotong/ udang) - (kak rose guna udang ngan ayam je)
  • 2 bungkus fishball/ 4 keping fish cake - dihiris tebal (letak tahu)
  • 2 biji telur
  • 1/4 biji kobis - dihiris halus(sayuran boleh ganti dengan taugeh/sawi/carrot sagat)
  • 1 ketul brokoli -potong floret ( x de)
  • 2-3 biji cili hijau -dihiris (optional)
  • 6 ulas bwg merah - hiris
  • 3 ulas bwg putih - hiris/ketuk
  • 1 s/ kunyit serbuk
  • 1/2 kiub pati ayam (boleh gantidengan udang kering tumbuk)
  • garam & perasa
  • minyak utk menumis
  • 1 s/k lada sulah (jika suka)
  • 2 cawan air
Panaskan minyak masak lalu tumiskan bwg putih & bawang merah hingga wangi.
Masukkan ayam & kacau2 hingga ayam bertukar warna.
Masukkan fishball/fishcake.Kacau2 lagi hingga ayam masak.
Tolak sedikit bahan2 ketepi kuali lalu pecahkan telur & biarkan telur masak.

Kacau sikit telur biar jadi agak hancur(scramble) & berketul2.
Masukkan serbuk kunyit, kiub ayam, serbuk lada sulah, garam & serbuk perasa lalu dikacau rata.
Masukkan semua sayuran & air sebentar.
Bila air dah mendidih terus masukkan bihun & cili hijau lalu kacaulah hingga bihun masak.(Sambil dikacau boleh potong bihun yang panjang2 dengan sudip agar bihun tak bergumpal semasa mengacau.

PERINGATAN:-Jangan sesekali rendam bihun dalam air panas utk membuat bihun goreng kerana bihun akan jadi lembik bila menggoreng.) Sedia untuk dihidangkan Boleh hiaskan dengan hirisan cili & juga hirisan telur dadar.


dinner kami yang sempoi.... entah kenapa vit m banyak sangat sepanjang ari nih.....

6 comments:

moklong said...

1st time dengar n sah2 x prnh makan. emmm ni kena masuk dlm list ler. nmpk sodap plk.

izahdaut said...

kak rose..dari bangkok terbang terus ke rumah kakk rose..hihihi..nmpk gk cikmat gebu pun dh try meehoon ni... bila nk try ni... hubby tak mkn meehoon.tapi saya feberet ni!!

Kak Rose said...

moklong, kak rose pun sama... suma 1st taim....

Kak Rose said...

izah, terguda dengan dengan derang nyer tayangan tu yg cepat je nak rasa.... sedap!

Juana said...

ni nak kena cuba ni Kak Rose. x pernah jumpa lagi :)

Kak Rose said...

Juana, x menghampakan... ni pun 1st time buat...