Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, November 19, 2010

Kuih bakar pisang

buat petang semalam buat cemilan malam sambil main game.... kes nak ngabiskan pisang yang hampir nazak tu daripada terbiar elok jugak buat sesuatu untuk mengenyangkan perut.... bakar sampai hangus berkerak diatasnya.... sedap tambah tang kerak tu... resepinya kak rose amik dari rumah Ummi lagi.... tima kasih ya Ummi dan kak rose mintak izin nak jugak tepek kat sini....

KUIH BAKAR PISANG

Bahan:- (next time kena guna loyang 7x7 in, baru nmpak tebal sikit)

  • 1 sisir pisang masak (Ummi guna 8 biji pisang berangan)
  • 1 cwn tepung*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair* (Ummi guna fresh milk)
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*

Cara-Cara:-

  1. Blend semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. (*Ummi panaskan kejap loyang 2 -3 minit selepas lenser butter then baru tuang adunan)
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat. (kak rose tambah 5 minit terakhir dengan api atas je... nak kasi kerak2 kat atas tuh!)
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt!!

kuih bakar pisang yg sedap..... k bye... kak rose nak g kenduri jiran setaman nih..... makan lagi!!!!

8 comments:

Ina said...

kak rose sekali pandang mcm kuih bingka pun ada. dpt sepotong nih kebah terus demam ina kak rose. hehehe...

Kak Rose said...

ina, ada orang panggil kuih bingka pun... nah ambik sepotong, sedap tau lemak manis gitu!

izahdaut said...

nak nak nakk... sedapkan bingka ni..tak pernah buat lagi, tapi dah dibayangkan cemana rasa lemak manis nye tuu

eliyaezlinalias said...

wah! menarik! slalu tgk kueh bako pandan ke bijan ke...ni pisang ek...besh! nk g carik pisang neh..

Kak Rose said...

izah, sllu asik wat cekodok jer, kali ni bako lak...kasi kerak2 sikit. best!

Kak Rose said...

eliyaezlinalias, cari jgn x carik!

hana said...

mmg sedapppp! kita da try byk kali resepi nih! thanx to k.zana.. cop jempolll!

Kak Rose said...

hana, yes mmg jempol! beso punya.