Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 6, 2010

Kuih ketayap

salam petang dihujung minggu.... hari yang panas di shah alam.... tapi kesian kan pada mereka yang di utara tanah air dengan banjir yang semakin buruk....esok anak akan balik ke Matrik, entah macam manalah keadaannya.... tp pihak kolej dah bagi assurance yg kat kolej tu x banjir.... Syukur Alhamdullilah..... bila tengok berita banyak jalan yang terputus tu risau jugak dibuatnya..... harap dipermudahkan perjalanan nya pada esok hari.....

wat kuih ketayap ni untuk minum petang bersama anak sebelum dia bertolak esok.... resepinya kak rose amik dari rumah izah dan pernah tepek dulu kat sini.....tp x pe kak rose copy lagi sekali kat sini ya.....

Bahan-bahan untuk kulit:
sumber: KAK Hana

*1 biji telur
*2 cawan tepung gandum
*1/2 sudu teh garam
*2 cawan air
*1 sudu besar air pandan
*sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Cara-cara
Blend semua bahan yg bertanda *.
Lengserkan minyak atas kuali. Dan dadarlah adunan tadi hingga masak.
Angkat.Masukkan inti dan gulung.
Siap dihidang.


Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. Kemudian masukkan kelapa. Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak. Angkat dan sejukkan.

mari jom kita minum petang.... dengan kuih ketayap ni.

2 comments:

moklong said...

kak rose,
blh mintak sket utk minum ptg ni...

Kak Rose said...

sorila moklong, tengah menikmatinya semalam ada tamu lak datang.... hidang kat tamu terus habes... rejeki derang la tu!