Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, November 27, 2010

Baby bread pudding

salam dan selamat petang ...... baby bread puding pun dah siap, panas2 lagi ni nak wat minum petang sambil melayan petang hari yang hujan tersangat lebat dengan guruh berdentum2 nih.... kena siapkan teh o panas dan nikmati puding ni.... baby kan jadi kejadian pun kecik2 comei jer.... tp nak menyusun dalam cup tu yang leceh... siap tumpah2 batter tu! jenis x sabar pun ya jugak.... agaknya nak buat kuih yang comei2 ni kena punya tahap kesabaran yang sangat tinggi bari le jadi elok kan..... resepi nya kak rose amik dari Myr oleh fida.....siap dengan step by step lagik!. mekasih ya....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 2 keping roti putih
  • 2 sb tepung jagung
  • 3 sb gula halus
  • 100 ml susu cair
  • 2 biji telur(guna 1 putih telur saja)
  • 1-2 titik esen vanilla
  • sedikit buah2an campuran/kismis/kurma atau lain2 ikut selera
  • sedikit gula icing untuk tabur atas puding - (akak tk tabur pon)
  • mangkuk muffin - disapu majerin

Cara-cara

  1. Roti di siat2 kecil atau potong 1 inc. persegi.
  2. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati.
  3. Masukkan roti dan buah2an campur(akak bubuh kismis aje) ke dalam mangkuk muffin.
  4. Tuangkan campuran susu sambil ditekan2 roti supaya meresap.Buat hingga habis.
  5. Susun mangkuk2 muffin berisi puding atas dulang pembakar dan bakar hingga masak kecoklatan.
  6. Biarkan puding roti seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin(hati2 sbb masih panas).Ketika menghidang,taburkan gula icing di atas puding jika suka.
  7. ***Sedap juga klau menggunakan roti berperisa buah2an.
(kak rose x tabur gula icing..... dah sedang elok manisnya.....)

kak rose cuma taburkan potongan buah kurma n kismis je....

6 comments:

Syaibah_Kama said...

sedapnya mama rose....boleh cuba nie!:)

Kak Rose said...

syaibah, cuablah. simple jer ni.

HomeKreation said...

Salam KakRose. Rajin nya buat kiut2 ni. Senang nak mkn, sekali ngap je. Along nak mintak sedozen ni....hehe

Kak Rose said...

Along, betul sekali ngap je.... tp seksanya nak buh batternya.. tumpah2, melimpah!

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam perkenalan kak rose. nama i pin ros juga.shah alam kat mana. I kat Putra heights.Kita blogger baru.Teringin nak cari kawan-kawan.

Kak Rose said...

Salam kenal jugak...kita baru nak belajar gak.