Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, November 11, 2010

Puding cendol

salam dan selamat tengahari semua..... dah lunch ke? ari ni kak rose malas masak lagi..... dah siapkan ikan nak masak tetiba x de mood dan vit m tu tersangatlah banyaknya.....so g tapau jer. senang keja kan, x yah nak cuci pinggan mangkuk piuk koli bagai.... dan puding cendol ni buat petang semalam... teringin nak buat dah lama dah tapi asik ada tapi je kan.... so sementara cendol dah ada projek pun bermula..... tp kak rose rasa lapis gula merah tu a bit manis sbb campur 2 gula tu, ke kak rose yg salah ikut cara? baca balik mmg betul gitu... ke bahagi 2 baru masak dengan gula yg berlainan? konpius dah!

meh tengok resepinya yg kak rose kopi dari rumah Ummi. timakasih ya dan mintak izain nak tepek kat sini....

PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA
Bahan-bahan:-
  • 1/2 paket agar2 [20 gm]
  • 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu cair (*akak guna Ideal Nestle)
  • 2 cawan cendul
  • 1 cawan gula merah

Cara-Cara:-

  1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
  3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis.
  5. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
  6. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
  7. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
  8. Hidangkan.
taim panas2 gini sedap je masuk tekak puding nih....

7 comments:

K.Nor said...

comelnyer kak rose.. manis ek.. tak jadi la nak ngendeng :)

Kak Rose said...

to me a bit manis... nor lagi x suker manis kan?

LENDANUAR said...

kak rose....bak mai ler sini sepotong dua..nak merasa skit ler......yaloooo..manis2 ni x elokkan....tapi kalo terlebih senyuman manis..itu baik kan...

izahdaut said...

wooww..lawoo nyer..nak buat puding ni dok peram je..dari bulan puasa dulu tak jadi jadi lagi..hehee

Kak Rose said...

lenda, bak piring nak huluq ni... rasalah manis sikit kat yg gula merah tu!

Kak Rose said...

izah, dipersilakan buat, jangan dok perap resepi tu.... x beranak de.

nora said...

salam wat kak rose sekeluaga..rajinnya kak rose, cantik cantik plak tu kuih muih die...untung abg yea n bertuah ank2 kak rose dapat ibu yg rajin memasak..Semoga akak sentiasa sihat yea..