Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, November 28, 2010

Onde onde inti kelapa

buat kuih ni petang tadi....untuk minum petang cum dinner sekali.... dah tak payah nak masak yg lain lagi.... makan kuih ni sampai kenyang! senang keja kan.... masa browsing Myr tadi terpandang kuih ni... selalu buat kan guna gula melaka yang cair dalamnya, ni ada kelainan sbb guna inti kelapa. cuma kak rose buat inti macam biasa yang kita buat tu, instead of ikut cara yg resepi ni buat..... derhaka sikit untuk kesenangan x pe kan? .

resepinya kak rose amik kat Myr lagi oleh HaSue.... terimakasih daun keladi, nnti ada resepi sedap2 kak rose copy lagi, dan tepek kat sini untuk rujukan dikemudian hari......

Bahan-bahan ( 15 Biji (bergantung pada saiz) )
  • UNTUK INTI:
  • 250g gula Apong/gula melaka
  • Kelapa parut dari setengah biji kelapa
  • UNTUK DOH:
  • 250g Tepung pulut
  • Jus Daun pandan+sedikit pewarna hijau secukupnya
  • BAHAGIAN LUAR:
  • Kelapa parut(putih sahaja) +1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. SEDIAKAN INTI:- Kacau goreng kelapa di atas kuali tanpa minyak sehingga agak kering dan kekuningan. Masukkan gula melaka yang sudah dipotong2.. >boleh tambahkan sedikit gula biasa jika mahu. Kacau sehingga gula benar2 cair dan gaul sebati. Jika mahu inti nampak lebih gelap,tambahkan sedikit browning sugar. (Jika mahu inti lebih lembap tambakan sedikit air)Padamkan api-inti sedia digunakan
  2. UNTUK KUIH:- 1. Bancuh adunan tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk bulat2. Masukkan inti dan bulatkan kembali..lakukan sehingga adunan habis.
  3. Jerang air dalam periuk(boleh letakkan daun pandan untuk aroma) sehingga mendidih, masukkan bebola doh berinti tadi dan ia akan timbul setelah masak.
  4. Angkat dan toskan. Gaul dengan kelapa parut tadi.. SELAMAT MENCUBA ^_^

close-up sikit..... onde2/buah melaka inti kelapa. bubuh inti banyak2, tu yang jadi besar gedabak je onde2 nih! tapi x pe kalau gigit pun intinya x tumpah macam kalau guna gula melaka tu.

10 comments:

cikmar said...

saya buat td onde2 keladi...warna purple..sedap3

Kak Rose said...

cikmar, nak tengok gak... mesti cantik kan..

missalongwani said...

selain onde2...org juga ade pggil... kuih KEKKOH CHA...huhuhuhu...kekkoh>> gigit, cha>>sembur beh kurang....ye r..bila kite kekkoh y..cha tubik nisan die..huhuuhuh..tol xkak?

aidah said...

Salam kak ros,
sedapnya tengok onde2 ni, tapi sy tak pernah buat. Sesekali sarapan makan lempeng cecah sambal ikan bilis memang menyelerakan, hehehe

cikmar said...

alamak,sori la kak rose..kuihnya dah habis sy makan dgn kucing2 yg ramai...tak dpt nk tunjuk..ehehe

Kak Rose said...

along, orang kelantan ke... ha yg ni kekkoh x tubik nise tu sbb inti nyior.... betul ke ghoyak gini?

Kak Rose said...

aidah, sesekali buat ok la jugak... sslu buat masa bulan posa jer kan..

Kak Rose said...

cikmar, banyak bela kucing ke?

missalongwani said...

campor2...hhahaha..traganu+klatan..oo..campor nge nyior..ptt kekkoh xtubik cha...huhuhuh..kalu nisse sajo..kekkoh gak..tubik cha la..hehehhe..

Kak Rose said...

hissshhhh.. ni betul2 nak kena blaja kecek kelate nih!