Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 21, 2011

Sambal ikan bilis n kentang

ari ni masak sambal ni.... ni lauk yg jadi pebret kalau tapau nasik kat sek 18 tu selain ayam goreng berempah, pajeri terung/nenas dan pegedil.... sempoi kan lauk kak rose bila tapau nasik! tapi ari ni rasa nak masak sendiri.... buat sebiji je kentang yg besar, campur dengan ikan bilis dan bawang suma jadi banyaklah sudah! cukup untuk kami anak beranak sekali makan.... kebetulan ada 2 orang kawan busu datang dan makan sesama..... alhamdulliah cukup semuanya....

resepinya kak rose amik dari Myr oleh lina_pg. tq ya sedap sangat... last ratah gitu jer.....kak rose nak kongsikan resepinya kat sini ya....

Bahan-bahan ( 3-4 orang makan )
  • 4 biji kentang
  • 1 cawan ikan bilis belah
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu makan cili boh (boleh dikurang/tambah)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan madu (option)
  • Minyak utk menggoreng & menumis

Cara-cara

  1. Kentang dikupas kulit, potong bentuk wedges, goreng hingga perang dan ketepikan
  2. Ikan bilis dicuci bersih, goreng hingga garing dan ketepikan
  3. Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.Masukkan cili boh,tumis sampai pecah minyak.Kemudian masukkan pula sos tiram dan madu.
  4. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.Gaul sebati.Siap untuk dihidang

sayur goreng bodo2 (pinjam hananyer code word!)

ikan siakap bersos asam jawa

sambal ikan bilis kentang, sayur goreng dan ikan siakap bersos asam jawa... ikan siakap ni besar sangat, 1kg beratnya, tu yang terpaksa potong 2 masa nak goreng.... maklumlah koli yg ada suma kecik2 jer! pinggan pun nak yg beso jugak! makan dengan nasik panas2 dah alahai..... bila la nak stat naik treadmill yg dah lama menunggu tu?

17 comments:

Nieza said...

kaka rose, sedapnya menu kak rose ni...tumpang lunch kat sini lah yer...ekeke

.:mama dhia:. said...

esok nak masak sambal ikan bilis kentang tu lah... dapnyer..

Kak Rose said...

nieza, sekali ngadap je dah abes... tumpang tengok je la ya....

Kak Rose said...

mama dhia, cubalah senang dan sedap lak tu. boleh ratah gitu jer kalau x pedas!

KakAsma said...

simple tapi sedap..tak yah lauk lain..tapi kena ada ikan goreng..ermmmm..nyum nyum...

Mas said...

akak..peberet mas sambal ikan bilis dan kentang ni...sedappnya..

Kak Rose said...

Asma, gandingan lauk yg ngam!

Kak Rose said...

Mas, kak rose pun suke sangat... tu yg tiap kali tapau mesti ada lauk ni.... orang kedai tu pun dah tau jer

Sofea said...

amboi k.rose meriahnya lauk2 akak hari ni...sambal bilis n kentang tu selalu gak buat, ank2 & hb suka sgt..campur dgn tempe pun sedap..;)

Mr. Mama said...

salam kak rose, nak nasi sepinggan ikan siakap lebih..ahakss..ahakss....

hana said...

aduhai mbakyuuu... bengi2 teko luwehhh... wes entek yoo... sob sob sob

Ayu Safieza said...

Kak Roseeeeee darling!! Mewahnya lauk kak....er tapi kalu dpt yang sambal bilis tu ngan nasi je dah jadi dah...tambah 2 kali....makan tak termasuk pinggan laaaaaa....kwang4!!!

Kak sihat? Err happy weekend yer kak...:)

Kak Rose said...

Mr. mama... nasik ok, tulang ikan pun dah x de dah!

Kak Rose said...

hana, arek turu ojo mangan okeh2.. anyway wes entek kabeh...

Kak Rose said...

Ayu, alhamdullilah sihat. mmg meratah jer sudahnya sambal bilis n kentang tu ngan sayur!

Nur68 said...

Salam, sy dah cuba resepi ni, mmg sedap....tq for sharing....

Nurul said...

Salam, terima kasih letak resepi, jumpa dari google :) sudah selamat disalin untuk dimasak berbuka hari ini :)