resepi asal dari rumah CMG dan hana jugak atau dulu dah kak rose letak sini.... terima kasih pada sifu masak2 berdua tu kerana resepi yang sedap nih...
Bahan-bahan
- 4 keping bahagian peha ayam - (kak rose buat 2 whole leg je)
- 1 batang serai, hiris halus dan cincang*
- 1/2 biji bawang besar, didadu halus*
- 4 biji cili padi, cincang halus*
- 1 1/2 halia, diparut*
- 3 ulas bawang putih, diparut*
- 2 pelepah daun bawang, hiris halus* - hana tk blend
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan isi nenas, didadu kecil
- 1/2 biji cili merah, dadu halus
- 1/2 biji bawang besar dadu
- 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
- 1/3 camca teh gula
- 1 camca teh kicap cair
- 1/3 camca teh tepung jagung, bancuh dengan sedikit air, kacau rata
- Hirisan daun bawang, untuk hiasan (kak rose x de - x letak)
- Ayam dibersihkan, buang kulit dan lemak2nya. Perap dengan jus asam jawa dan garam selama 10 minit, cuci kembali toskan hingga kering. Ketepikan.
- Satukan semua bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah garam secukup rasa (yang ni agak2 lah yea, mat guna "garam gunung"). Kemudian satu bahan tadi dengan ayam dan gaul rata. Perap 1 - 2 jam dalam peti sejuk. Nak sedap perap semalaman...
- Siapkan kukusan. Masukkan ayam tadi bersama bahan2 perap dalam bekas tahan panas dan kukus selama 25 minit. Bila siap, alihkan ayam tadi dalam bekas lain. Tapis jus yang terhasil tadi dan tuang dalam kuali. Masukkan nenas, bawang besar dadu, gula dan kicap cair. Kacau rata.
- Masak dengan api perlahan hingga nenas lembut. Tambah bancuhan tepung jagung tadi, kacau rata hingga pekat dan masukkan jus limau kasturi. Masukkan cili merah, kacau dan matikan api. Rasa dan jika ok, boleh tuang atas ayam kukus tadi, tuang rata2. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera.
8 comments:
Salam Kak Rose,
Menu kita sama lah hari ni...A Y A M. Tapi I punya ayam panggang....hehehez.
kite pong suker ayam kukus nih! aritu kite wat nasik ayam ngan ayam kukus! sedap kakk... lembut ayamnyer.....
Anie.... ayam panggang ya... sedapnya.
hana, sedap tu yang buat lagi tuh... tp td kak rose masak dlm pc... nyaris geseng! tp ttp sedap !
kak Rose, sedapnya...resepi pun simple jer..nanti boleh cuba..:)
Nieza, mmg sedap tu yg buat lagi dan lagi dan lagi..... cubalah.
Tak pernah makan ayam kukus...looks so yummy kak! :D
Love, once u tried, u'll like it...
Post a Comment