Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 11, 2011

Lepat ubi

salam dipagi hari semuanya.... ari ni pepagi lagi nak tepek lepat ubi yang baru kak rose buat ni.... punyala teringin nak makan terus lepas subuh tadi menggodek kuih ni.....eh memula tu kejut cik google dulu soh carikan resepi.. ya la kalau main belasah je kang x jadi buat rugi je kan... nasib baik cik google tu rajin bangun pepagi carikan resepi yang simple je.... apa lagi terus buat le... resepinya kak rose cnp dari noreen-homecooking.... terimakasih ya....

dah dapat lah kak rose melepaskan kerinduan nak makan lepat ni.... teringat kalau kat kg dulu2 ada je kuih ni. kalau ada anak kat rumah lagi katanya mama ni macam orang zaman jepun, suka makan ubi... tu la anak zaman sekarang kan....

Bahan-bahan:
Sumber: Bro Rozzan

600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya

Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir

cara:
  • masak semua bahan air gula sehingga gula larut
  • angkat dan biarkan sejuk
  • letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
  • biarkan sekejap
  • selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
  • ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
  • letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
  • lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak

sarapan pagi ni.... 2 ketul sekali ngap dengan susu nestle omega.... boleh kenyang sampai petang! caya ke ni? (lupakan oat buat ari ni...)

8 comments:

Mas said...

kak rose, rajinnya pepagi wat lepat ubi...nak 6 ketoii...

izahdaut said...

sedapnya kak rose nampak lepat tu?kalau campur quaker oat cedap tak kak..hehe.lama tak makan.agaknya masa kecik dulu je kot makan lepat ni

Anie said...

Kak Rose,

I dah lama nak mkn lepat ubi, nak buat takut takde geng nak mkn plak :( Lempar ajalah seketol, 2 akak punya dkt sini....hehehez

Kak Rose said...

mas, kemaruk nak makan punya pasal kenalah buat sendirik!

Kak Rose said...

izah, x taula pulak rasa camner.... tp ni pun sbb nak lupakan oat tu kejap.

Kak Rose said...

Anie, kak rose pun x de gang nak makan, jd buat pun ckt jer... cukup buat lepas kempunan!

aidah said...

Kak rose, sedapnya lepat tu. sy suka lepat ubi ni tapi tak pernah buat sebab anak2 tak suka makan

Kak Rose said...

yala Aidah, kuih2 cam ni kenapa anak2 x suka makan... asal ubu je anak kak rose kata kuih zaman jepun