Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 11, 2011

Nasi goreng daging

dinner yang simple.... sebenarnya malas nak masak lauk2 tu yang semuannya sekali taruk.... segala sayuran dan daging semua.... terimakasih pada AlongRoz yang mencipta resepi buat orang2 malas macam kak rose ni....eh! cam ni kira resepi orang malas ke? rasanya x kot sbb penyediaan nya renyah jugak.... nak potong daging tu kecik2 maklumlah x de daging cincang yg readymade tuh.... kira rajinlah tu kan....

resepinya kak rose penah tepek dulu kat sini, tp x pe sekali lagi kak rose cnp dan letak sini untuk sapa2 yang nak cuba buat nasi goreng yang mabeles ni....

Bahan-bahan
  • 4-6 mangkuk nasi putih
  • 1 senduk kecil minyak
  • 10 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih* (*separuh hiris dan separuh tumbuk)
  • 2 cili merah - tumbuk
  • 100-200g daging - hiris nipis - hana buh daging cincang jer
  • Segenggam mix vege (kak rose buh kubis n carrot jer)
  • 2 sm sos tiram
  • 1 kiub ayam maggi (4 g)
  • 2 sm kicap masin
  • 2 sm kicap manis
  • Saleri & Bawang besar
  • Garam dan lada sulah
Cara-cara
  1. Campurkan nasi dengan garam dan juga serbuk lada sulah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis pula bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau sampai daging masak.
  4. Masukkan sos tiram, kicap masin dan manis. kacau sekejap dan masukkan mix vege.
  5. Last skali masukkan nasi dan gaul rata.
  6. Angkat dan hidangkan dengan bawang goreng tadi, hirisan saleri dan bawang, keropok ikan dan salad kegemaran.

makan dengan keropok ikan dan salad sempoi - celeri+timun jepun+cherry tomato dengan sos tomato n mayonis....hmmm, malam ni lemak keja keras nak menepek dibadan.... adoyaiiii!

6 comments:

Yat Maria said...

Salam kak,

ni resepi orang rhajin arr...tengok hiasan dia santek..makan pong berselera.. :)

Mr. Mama said...

pandai ya akak bab hias menghias nie...

Kak Rose said...

yat, sedap tu yg jadi berselera je... tolak tepi suma carbo n kolesterl tu!

Kak Rose said...

Mr. mama... tp x leh nak lawan sifu2 diluar sana tu punya presentation... maklumlah amatur sangat!

Sari Yusa Ibrahim said...

kreatifnya menghias.. cam mkn kat hotel tuh..

Kak Rose said...

sari... amatur punya cook, baru nak belajar... hotel dapur kak rose je!