Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 26, 2011

Sup bebola daging

salam semua..... ha dah berapa hari tuan rumah x update apa2 entry.... tersangatlah malasnya sejak balik dari berjalan ke Alor Star dan Penang ari tu, badan pun rasa penat jer tu yang menambahkan lagi vit m tuh. tapi ari ni rasa dah segar sikit dam perut pung asik mintak diisi jadi masaklah jugak..... tp hanya buat sup ni jer untuk lunch tadi, nasi n lauk nanti petang nak masak jugak. tu pun kalau rajin le!

resepi ni kak rose amik kat rumah hana, tp kak rose dah gantikan dengan chicken meat ball yg ready made. x de nak rajin macam hana tu yang meat ballnya dia buat sendiri. x pe kan hana, nak masak dengan bahan apa yang ada dan senang untuk dingap! meh tengok resepi yg kak rose cnp dari nduk hana nih...

RESEPI SUP BEBOLA DAGING
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Homemade Meatball
  • 200g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
  • (kak rose omit yg ni dan guna ready made chicken meat ball jer!)
Bahan Sup
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 kiub daging/ayam/ikan bilis
  • 1 batang saleri - potong serong
  • sayuran pilihan - hana buh kubis (kak rose buh cauliflower)
  • fishcake - optional (ni kak rose x dak!)
  • carrot
  • daun bawang/sup
  • garam
Cara-cara
  • Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Air rebusan daging simpan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kiub. Masukkan carrot. Biarkan hingga carrot empuk.
  • Masukkan sayur2an lain, batang saleri, dan juga meatball. Didihkan. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup.
my simple lunch...... mazni, pinggan ada cantik kah? len kali nak lagi .... ramekin lak ya!

10 comments:

hana said...

salam kak... kite pong sebenonyer klu mende tuh ader dpn mata tk ghajen nk menggentel... berpeloh ketiak juga nk gentel2! haha... njaluk semangkuk kak!

Anie said...

Kak Rose,

Kita ada stock sambal belacan ni, kalau gandingkan dgn sup akak dgn nasi suam2 (tak suka panas2 takut melecur mulut and jari, jemari...ahakkks) arhhh cfm mkn tak hingat donia :D

Kak Rose said...

hana, sib baik kak rose x sampai nak bepoloh ketiak tu dah dapat makan! yoh wes entek iki.

Kak Rose said...

anie, kalau ada sambal getuk bilis pun ok dah wat kak rose nih... mmg sedap!

Nieza said...

kak rose, sedapnya hirup kuah ni...mai nk tukar ngan karipap ni...saya nk tapau semangkuk sup ni..hehe

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Dah hirup kuah jangan lupa naik tm tu.....

AZLITA AZIZ said...

kak klu ita letak sambal kicap kak kasi pedas2 sikit kak bila makan biar berasap telinga.... hihihi

Kak Rose said...

Nieza, bak barang 2 ketui karipap daging yg montoks2 tu... sedap!

Kak Rose said...

Ros, ari x rajin lak nak naik tm tu.... nnnti dulu lah. mmg banyak alasan kan?

Kak Rose said...

Azlita, yes mmg best makan ngan sambal kicap! pedas2 berasap!