Lanai Kijang

Lanai Kijang

Sunday, January 16, 2011

Tepung pelita

dah lama x makan kuih ni.... sejak bulan posa ari tu.... buat ni untuk dessert pas makan2 dengan tetamu tengahari tadi. suka dengan resepi ni yang senang nak menyediakan dan menepati citarasa kak rose dan keluarga.... tp x de la kotak2 daun pandan yang cantik tu sbb mmg x reti nak buat..... kalau buat pun sememeh semacam jer... jadi cari jalan yg paling senang dan buat spt yang tuan punya resepi tu suggest ..... guna mangkuk kecil2 ni , nak simpan pun senang sbb boleh letak bersusun2...... resepi dari Myr oleh Yani, terima kasih ya.

RESEPI TEPUNG PELITA - yani myresepi

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk jika mahu

sedap, lemak manis gitu..... tp x de air gula yg cair didalamnya...

6 comments:

Unknown said...

Salam kak rose, sedapnya tepung pelita ni...pernah mkn tapi tak pernah buat...nanti boleh cuba...tapi nk cuba mkn yg ni dulu...hehehe

Kak Rose said...

Nieza, jemput makan di skrin jer ya...

Love2cook Malaysia said...

Love sll teringin nak try tepung pelita ni, tapi tak terbuat...must do soon! Looks lovely la kak! :D

Mama The Explorer said...

kakak,
apa beza tepung pelita dengan bubur sum sum?
sama kah?

Kak Rose said...

Love, yg ni mmg senang nak buat n sooo yummy. sedap!

Kak Rose said...

kellykatz, mmg x berbeza, yg sama cuma kedua2 sedap ditekak kak rose!