Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 29, 2011

Moist chocolate cake

cuba buat lagi moist chocolate cake ni untuk kesekian kalinya..... minggu ni je dah 2 kali buat ni.... memula ari tu buat untuk bawak buah tangan g penang dan yang ni atas permintaan anak buah yang nak kan chocolate cake ni..... harap derang suka dengan kek ni, maklumlah kak rose bukan pandai nak buat, sekadar seadanya saja.... tapi dengan resepi CMG ni, harap2 dapat memuaskan hati lah ya.... terima kasih ya CMG dan kak rose nak kongsikan resepinya kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula halus (castor sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100 ml susu cair)
(=,xt ti3, s4s4 c2i$ x,=2 x4$2=9x2= sixit 32y6, s,/2$48 s272)
1 camca teh mentega


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...
  5. UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.


12 comments:

Mas said...

suka kek coklat....sedappnya tengok kek akak tu..nampak moist jer...

Kak Rose said...

resepi CMG memang x mengecewakan.... tp kak rose x pandai nak buat ganache nya tu.... sememeh jer!

♥LOVE2COOK♥ said...

Haishhhh sedapnya kek ni kak!! Tergoda tengok...yummmm!

norgee said...

begitu menggoda sekali! :)

~Norul Mas Hana ~ said...

woww...bestnyer...

Sari Yusa Ibrahim said...

ni mesti makan sambil menjilat jari... huhuhu... bilalah chocolate moist ni nak masuk dlm entry post saya...

Kak Rose said...

tengok Love buat lagi tergoda!

Kak Rose said...

norgee, cubalah. sangat moist n sedap!

Kak Rose said...

Norul, mmg best!

Kak Rose said...

Sari, betul tu... hingga menjilat jari. x rugi mencuba, mmg sedap n moist gitu.

Nieza said...

Kak Rose, terguda tau saya mlm2 ni nengok kek cekelat akak ni...saya memang suka kek ni...nampak kak rose buat tu jadi dah la tu..sedapnya kalau boleh rasa ni...hehe

Kak Rose said...

Nieza, nak bagi pun dah abes.... tp mmg tergoda nengok nieza punya donut keledek tu... rasa nak ngap je skrin tu!