mula tu dah nak give-up bila tengok adunan sedikit lembik.... baca lagi kat blog izah, hana, ros jintanmanis, nor secubit garam.... tq semua for the tips yg sangat berguna tu.... kak rose tambah tepung sikit as per nor suggestion.... and viola... resepinya kak rose kopi dari rumah izah dan cara2 uli menggunakan tulang empat kerat dari rumah ros jintanmanis.... tq soooo much untuk semua sifu2 diluar sana!
since kak rose x der BM, (bang... boleh ke nak sebiji BM, bukan BMW pun!) so kak rose kopi dari rumah ros jintan manis untuk cara2 to knead dough yang menggunakan tangan..... huh! betul2 mr muscle boleh keluar baru dapat makan roti buatan sendirik! baca dari komen di rumah nor, kalau uli guna tangan kena kurangkan sukatan air... (yg ni kak rose jumpa selepas buat doh terlembik tuh ...)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
sifu2 roti diluar sana.... berjaya kan dengan percubaan ini?and my today's bekpes.... dengan bangganya makan homemade roti cicah ngan nescafe panas2....
untuk pura, kak rose dah edit n tambah cara nak buat water roux ni, sila lah mencuba!
resepi water roux,
25 gram tepung gandum
125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
11 comments:
salam kak rose...saya datang nk breakfast roti gebus kat umah kak rose ni...haha btw tahniah kak...tepuk tgn utk kak rose yg telah berjaya juga menguli guna tgn tu...tabik spring la...hehe saya pun meroti lagi nanti saya pos kan yer...:)
wahhh tahniah!!!!
1. sbb dah berjaya hasilkan roti yg gebus walau tanpa guna BM
2. berjaya menghasilkan muscle yg berketul kat lengan.. hihihi...
psst!! cik abg baca ke blog k.rose ni? kalau tak baca kena la tiup2 kat tinger dia hihihi
tunggu posto dari nieza x sampai2 so kak rose buat le sendirik... kuor suma muscle2 baru dapat makan roti buatan sendirik... nak pinjam cik Tefal tu boleh?
Nor, macih2 kpd semua sifu2 diluar sana...betul tu nor, kena tiup2 kat tinga sbb dia x baca punya....
kak rose..betul betul..saya nak gitau gak ngan hubby..hubbbbyyyy nak BM boleh? bukan BMW pun..haha..suke suke. kak rose..tahniah ye.semangat tak nak buat lagi ni?lawa gebu tu kak rose..best kan kan
izah, kalau BMW maunyer pengsan kang... so BM udah le kan!
sah! esok semua kedai roti buat mesyuarat tergemparrr... tutup kedai... semua dah meroti... nak pulak bila tgk roti kak rose yg berketul2 mcm tangan Poppye tu...hihihi...
tahniah kak! uli tgn yg lagi bagoss... pahala lg byk dpt.. Uli bm pahala sket! hihihihi
azlita, tunggu minit EGM kedai roti keluar esok ya...bukan roti je yg macam tangan poppye tp lengan kak rose jugak!
hana, pahala banyak ya... x jadila camni nak mintak BM!
do you by chance know kalau roti ini juga dipanggil 'roti paun'? if it is i want to try baking. my childhood fav 'roti paun' tu.
Post a Comment