Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, January 14, 2011

Ikan bawal sweet n sour

lauk lunch hari ni...ikan bawal masak masam manis.... lama dah x masak ikan masam manis ni sejak ada banyak resepi yg lagi ummmmph untuk dicuba, terutama ikan dalam sos daun limau purut dan ikan dalam sos asam jawa yang sangat sedap tuh..... sesekali buat camni sedap gak.... dengan segala bahan sampingannya..... tp kak rose x letak bunga kubis tu sbb nampak dah banyak sangat..... mmg betul bila dah curah kuah atas ikan tu.... ayo yo itu ikan sudah tenggelam dalam sayuran!.... tp x pe kan banyak sayuran lagi menambahkan kesedapannya!

resepi kak rose amik dari Myr oleh junjs11, terima kasih ya tuan punya resepi dan kak rose nak cnp kat sini.... sedap, sok lain kali boleh buat lagi....

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
  • 1 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.
  • 3 biji bawang merah-ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk
  • 1 in halia-dihiris panjang2
  • 1 biji tomato-dipotong dadu
  • 1/2 biji cili capsicum-dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/2 lobak merah-dipotong dadu
  • 1/3 timun-dipotong dadu
  • sedikit bunga kobis(x letak)
  • sedikit nenas-dipotong dadu
  • sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.
  2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.
  3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Masukkan tomato, cili capsicum dan sayuran lain. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.

the preparation for pelakun tambahans.... bawang, carrot, timun, tomato, green capsicum n nenas...... ikan goreng yang nyaris hangus dan yg ready untuk dingap!

2 comments:

Nieza said...

salam kak, wah menarik ni...suka juga pelakon tambahan tu..hehe

Kak Rose said...

Nieza, menambahkan kesedapan ikan ni...dan kaler2 gitu!