Lanai Kijang

Lanai Kijang

Saturday, January 29, 2011

Tepung pisang goreng

salam semua..... dah dah pagi rupanya ya baru ada masa nak masukkan entry. sebenarnya hari ni sibuk rewang rumah jiran yang nak buat kenduri pernikahan anaknya..... sibuknya mengalahkan orang nak kenduri kan? yalah jiran kan jadi kenalah sama meraikan dan hari ni x de lah masak2 kat rumah ni.... tepung goreng pisang resepi dari rumah Ayu ni kak rose buat petang semalam, tapi kak rose buat dengan keledek.... itu je yang ada kat rumah ni. memang sedap rangup krup krap..... kak rose selalu saja fail bila nak buat better cenggini, tp yang ni kira berjaya lah... so len kali boleh stick dengan resepi nih. terima kasih ya Ayu kak rose nak share kan kat sini ya.....

Ingredients:-
1-2 sisir pisang nipah/tanduk/rajah atau pisang2 yang sewaktu dengannya.
(kak rose gantikan ngan keledek)

150g tepung naik sendiri
100g tepung beras
1/2 sudu kecil kapur
1-11/2 cawan air(janagn terlalu air)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Method:-
Campurkan semua bahan2 dan kacau rata. Bila dah sebati, gorenglah pisang macam biasa.
Sources:-From berita harian

10 comments:

izahdaut said...

sedapnya makan goreng pisang panas panas..ha ah musim org kawin la kan kak rose..CNY ni kan

Anie said...

Kak Rose,

Wah bestnya pisang goreng dan bestnya dpt mkn kenduri. Nak join boleh tak? hehehez....

Naz said...

Salam kak Rose..
Tpg ni garing eh bila dah sejuk pun lepas goreng?
Kena try ni sbb anak2 suka makan serdak2 tepung tu lepas goreng..tapi yang rangup lah walau pun dah sejuk..

hana said...

salam kak..
kabare?? kite kepingin arep mangan pisang gorengg...suwi kok ora mangan! nang kene pisange orak kennek di goreng.. benyekkk! huhu

Kak Rose said...

izah, ya musin orang kawin... tiap hari minggu ada saja jemputan kenduri...

Kak Rose said...

Anie, best dapat makan goreng pisang dengan tepung yg rangup ni, nak lak masa ni asik hujan jer, ngadap pisang goreng panas2 ngan teh o... nyaman sekali!

Kak Rose said...

Naz, ya dah sejuk pun masih rangup.... best!

Kak Rose said...

hana, waras...alah kesian ne... pisang benyek ai seng eneng yo... engko wes balik mangan pisang seng okeh2 yo!

nurzahidah said...

waa..seyes sy sgt suke mkn pisang goreng buatan sndri..hihi..lgi byk if wt sndri..ngee

tenkiu kak ros!

Kak Rose said...

nurzahidah, kak rose pun... sepiring penuh leh abes sorang makan. buruk lantak kan?