Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, January 18, 2011

Daging kandar

lauk untuk lunch ari ni.... dah lama x masak daging so pepagi lagi dah godeh2 cari resepi yang berkenan dihati.... yg penting resepi tu mestilah yang senang nak menyediakan dan sedap ditekak....nasib baik pakcik google laju je carikan dan jadilah daging kandar ni....dulu penah buat tapi guna ayam - ayam kandar memang sedap dan kali ni ikut resepi asal yang gunakan daging. memang sedap dan x rugi mencuba.... pada sapa2 yang suker lauk2 cengginilah....

resepinya kak rose amik dari Myr oleh kakasma.... tengok daripada response yang mencuba tu pun dah tau mesti sedap nih.... jom kita tengok resepinya....

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1/2 kg daging
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  • (kak rose tambah 1 tsb cili blend nak kan rasa pedas sikit)

Cara-cara

  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan)
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

daging kandar.... mmg sedap!

makan lak dengan nasik panas2 dan salad orang malas - cherry tomato, timun jepun n batang celery gaul dengan mayonis.....hmmmm best!

8 comments:

Sofea said...

pernah buat...mmg sedap kan k.rose! ;)

Kak Rose said...

Sofea, x cukup makan nasik sepinggan. mmg sedap!

BUNGA said...

nmpk menyelerakan.. nnti saya nak cuba la resepi kak rose . lg pun dah x de idea nak masak apa :)

Kak Rose said...

Bunga, cubalah.... mmg sedap, pada tekak kak rose la!

Nieza said...

memang sedap!...mkn boleh menambah nasi lagi ni...:)

Kak Rose said...

Nieza, camner la nak kurus kan?

fara dean said...

ermmm..sedapnya!!!
tak pe kak..slagi boleh makan..makanlah..

Kak Rose said...

fara, mmg selagi boleh kak rose belasah jer... tp masih beringat jugak le....