Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, January 5, 2011

Ikan bawal dlm sos daun limau purut

ha... kali ni barulah menepati resepi asal yang menggunakan ikan bawal dalam menu ini.... dah bebrapa kali buat tapi asik guna ikan yg lain je.... dan kali ni kebetulan ada ikan bawal dalam fridge, buat lagi resepi ni.... senang dan x muak, bau daun limau purut tu menambahkan harum ikan ni... resepinya masih guna nor secubit garam tu punya, atau leh jugak tengok sini. tp dek kehabisan bawang merah kak rose belasah guna bawang holland, jadi nampak pucat jer kan?... apa pun memang sedap, x jemu walaupun berkali2 buat!

resepinya:

Ikan goreng dalam sos daun limau purut

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan (kak rose buh 1 tsp je sbb x I don't like the smell!)
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


lauk lunch tadi... walaupun pucat je tp tetap sedap.... habis licin sekali ngadap!

12 comments:

Mas said...

kak...janji sedappp...mesti bawal tu dah tinggal tulang kan...he..he..

K.Nor said...

^__________^

Ayu Safieza said...

pucat ada makna tu kak......bedal ngan nasi panas...diaaaaaaaaam jer, sedar2 dah abiiiiiiiiiiiiiis!!! so yummy.....rasa lapar arrrrrr

Kak Rose said...

mas, dah jadi baja dah!

Kak Rose said...

Nor, speechless? he he he....

Kak Rose said...

Ayu, tu yg sekali ngadap je dah licin!

AZLITA AZIZ said...

mengaruk sungguh bau limau perut... rupanyer dr dapur kak ros... wah! ikan bawal pulak tu ikan fav ita...pergh...sedap la... tak leh tahan....

Eyriqazz said...

tahniah,anda salah seorang pemenang giveaway...

http://www.eyriqazz.com/2011/01/pemenang-give-away-haven-restaurant.html

Hann said...

kak rose.. saya suka resipi ni. selalu gak buat.. sedap!

Kak Rose said...

Azlita, kesian... nah kak rose antar daun limau purut je nak x? ikan dah abisss!

Kak Rose said...

Eyriqazz, tq soooo much.... so eager nak collect nih!

Kak Rose said...

Hann, kak rose pun sama. simple n sedapkan