Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, January 20, 2011

Ikan tenggiri masak kicap

salam dan selamat bercuti ari ni kan... selamat meraikan hari Thaipusam kepada yg menyambutnya teutama buat Love n family.... kak rose yg duk rumah masih bermalas2an sbb abang x balik lagi... pagi tadi kak rose ada jemputan untuk Yassinan dirumah Pak Imam yang akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya .... jadi bila dah makan2 kat sana, balik rumah nak masak pun malas sangat, maklumlah dah kenyang! dan ni adalah lauk lima hari lepas yang dah jadi baja... x pe lakan nak jugak post kat sini... pasti semua orang tau dah nak masak kicap ni kan, walaupun simple tapi mmg sedap! resepi amik kat Myr oleh marjina. terima kasih ya...

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 4 ekor ikan kembong/ikan selar kuning (kak rose guna ikan tenggiri)
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • air dan minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar dimayang (kak rose blend semua sekali)

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
  2. Kisar bahan bertanda * sampai hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan blend ini.
  3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
  6. Tambah garam secukupnya. Siap dan sedia untuk di hidang.

2 comments:

LinRosly said...

Salam Kak Rose...

Tengiri Masak Kicap Yg Menambat Selera....Nak Sikit Kak Rose....Huahuahuahua

Mas said...

masak kicap macam ni anak2 mas memang suka....maunya bertambah nasi...