salam dan selamat tengahari..... ha dah sampai dah resepi ni kat rumah kak rose.... selama ni asik tengok jer tp bila nak buat macam malas la pulak! tp bila pg ni nampak kemoistan (eh eh ada ker perkataan cenggini?...) cake ni kat rumah kasihredha terus terasa nak makan! tp kak rose masih x rajin nak buat dalam cup, terus je kedebum dalam loyang... padahal dah siapkan mufin cup yg kaler2 tu, entah camner boleh pulak u-turn siapkan loyang pulak! apa2 pun kek ni kejadian dia mmg sangat moist n lembut.... x rugi mencuba!
terima kasih pada kasihredha, kak rose kopi pes resepinya ya... juga pada Anymz dan ramai lagi kawan2 yg dah mencuba buat kek ni.... terima kasih kerana share resepi yg sangat sedap ni...
bahan-bahan :
· 1 cawan tepung gandum
· 1 sudu kecil baking powder
· 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
· 1/2 cawan serbuk koko
· 2 sudu besar susu tepung
· 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
· 1 cawan gula perang
· 1 sudu kecil esen vanilla
· 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
· secubit garam
· 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
· 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
13 comments:
wahh.. akhirnya smp sini.. tun plg suka eggless choc kek nih. sedap sgt!
sedapkan kak rose yg bestnya tak guna telur dan cara buat pun simple je kan :)
Salam Kak rose...
Kek ni dah ada kat sini....memang nampak moist...dah siap menu ptg kak rose eek...Wah! memang dah petang pun ni...perut lapo lum lunch lagi....
tun, tengok ramai yg dah cuba mesti sedap... mmg sedap pun!
kasih, tq for the recipe dan mmg moist wpun x de telor!
cik cek... jemput minum sama dengan kek ni..
tak pernah cuba...nampak mcm sedap...nti nak try...^__^
Izan, cubalah... moist jer... x perasan x de telor pun!
macam terasa2 kelazatan kek coklat ni. mesti best kan.
Kak ros
kita nak try versi ini..nampak moist..yg dulu kita buat, ada kering sket! amik resepi eh kak...macehh...
cikwawi... cubala buat kalau nak rasa... nak bagi kak rose nyer dah abes!
Yat, silakan... kita share2kan resepi sedap nih!
Can I get the recipe in English please
Post a Comment