Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 2, 2011

Puding nenas

since ada banyak nenas ni, resepi pun berasaskan nenas jer... kali ni puding nenas lak.... selama ni x tau la pulak nenas pun leh wat puding, bila jumpa resepi dan bahan pun suma ada, maka projek pun jalan la...rasa dak ok tapi lembik sikit.... mungkin kak rose x cukup lama kacau hingga betul2 mendidih. once mendidih terus kak rose padam api dan masuk dalam ramekin n sejukkan... resepinya kak rose selongkar kat Myr lagi.... oleh arma71. mekasih ya dan kak rose nak tepek kat sini lak...

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 500 gm santan pekat
  • 1 biji nenas
  • 2 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Acuan muffin secukupnya (kak rose buh dlm mangkuk kecik2 je)
  • 175 gm mentega

Cara-cara
  1. Nenas di kupas dan di buang kulitnya dan di potong dadu
  2. Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar halus atau hingga sebati
  3. Masukkan semua bahan kecuali kismis hitam kedalam periuk dan masak adunan hingga mendidih.Adunan hendaklah di kacau selalu supaya tidak melekat.
  4. Apabila sudah mendidih bolehlah masukkan adunan tersebut ke dalam acuan kecil-kecil dan hiaslah dengan kismis.
  5. Akhir sekali apabila adunan sudah sedikit keras bolehlah di masukkan dalam peti sejuk.
terlembik lah sudah.... ade ke sbb x cukup lama masa mendidih tu atau memang kejadian dia lembik jer?

pssttt.... mazni, cantik x ramekin tu? tq belikan tuk kak rose ari tu!

20 comments:

HomeKreation said...

Wah, ni mesti sedap cuma kita tak rajin nak buat kuih yg kena kacau lama2. Tumpang semangkuk kat sini je lah...

cik cek said...

Salam Kak Rose....

Emmm....sedapnya puding nenas ni...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Sedap tu kak rose puding nenas

CT Delima said...

Kalau dapat makan sejuk2 tika panas cuaca begini memang sedap ni kan :D

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Rose,
first time tau nenas leh buat puding.. sedap nampak tu.. =)

Kak Rose said...

Along, meh ada lagi ni... sedap makan sejuk2 ni..

Kak Rose said...

Cik cek, nnti boleh la mencuba...

Kak Rose said...

Nazrah, agaknya kalau nenas tu potong2 kiub pun sedap gak kot...

Kak Rose said...

CT, mmg sedap bila dapat yg sejuk2 masa panas2 gini...

Kak Rose said...

Norul, kak rose pun sama gak... selama ni x tau pun!

Nieza said...

Assalam kak Rose, menarik puding akak tu...sedapnya kalau dpt mkn ptng2 kat sini..:)

tun_telani said...

wahh, puding nenas.. 1st time dgr. tun suka je mkn puding lembik2 ni, kdg2 sengaja wat lembik. hihi

Kak Rose said...

Nieza, kat sini cuaca panas sangat... dapat makan yg sejuk2 ni mmg sedap!

Kak Rose said...

tun, kak rose baru tau nenas leh wat puding.... blend lagik tu...tp kak rose x suka kalau lembik sangat!

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, hai .. jelitanya pudding nenas itu, seperkara yang Ratna noticed selama mengenali blog masakan hidangan Kak Rose tampak begitu menyelerakan sungguh dan hidangan rupa masakan apa saja seperti digoreng kan ke, dibakar kan ke, direbus atau digulaikan tampak lembut cara masakan Kak Rose ..sedang-sedang elok cantik sekali.

Ratna ingatkan Kak Rose akan bercuti lama, intai-intai ..dah ada entry baru!!
Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

Ratna, masak biasa2 jer... asalkan sedap ditekak dan cantik mata memandang!

cuti kejap jer sbb hubby kena keja... salam manis jugak dari kak rose...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.rose...apa kabar?atie dtg nak tapau puding nenas tu sikit.ada lagi tak?

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

sedapnyaaa kak rose...tak sangka nenas boleh buat puding mcm tu...kalo letak susu pun boleh agaknya ek...

Kak Rose said...

atie... ada lagi ni... simpan nak makan sejuk2...

Kak Rose said...

Izan, mmg rasa pelik kan... tp not bad. ada satu lg resepi yg buh susu jugak kat Myr tu...