Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 12, 2011

Nangka muda masak lemak cili api

gulai nangka muda + ayam dan makan dengan ikan kurau masin goreng. perghhh!!!

waaaaa.... nangka muda masak lemak cili api dengan ayam.... nama je masak dengan cili api tp kak rose letak 5 biji jer... x pedas sangat lah sbb kak rose ni x tahan pedas! pagi lagi kak rose dah siapkan masak ni sbb pas tenghari nanti ada jemputan yasinan kat rumah kawan . ada jugak buat sikit kuih untuk bawak g yasinan tu, so kenalah siapkan awal2 kan...

resepi kak rose godek kat Myr lagi....oleh ieyna, terima kasih ya kongsikan resepi ni.... dan kak rose nak sharekan kat sini lak ya...

Bahan-bahan
  • 7 ketul ayam
  • 5 biji cili padi (kisar)
  • nangka muda
  • santan rm 1.00 (kak rose guna sebungkus rm2.00... santan mahal gilos sekarang nih!)
  • 3 bawang merah (kisar)
  • 2bawang putih (kisar)
  • 1 sdk kunyit (kak rose guna kunyit hidup)
  • halia 1/2 inci
  • garam
  • 2 btg serai ( ketuk)
  • (kak rose masukkan asam keping gak)

Cara-cara

  1. Rebus nangka muda selama 15 minit. Angkat dan toskan
  2. Blender cili padi, bawang merah, bawang putih, halia hingga hancur
  3. Masukkan ke dalam periuk bahan yang dimesin, ayam, santan, kunyit.
  4. buka api perlahan dan masak.
  5. Bila dah menggelegak masukkan nangka dan serai
  6. Perasakan dengan garam.
  7. tips: Nangka direbus supaya menghilangkan getah. Kalau nangka muda rebus lama sedikit supaya ia lembut. Jika mahu rasa enak lagi bahan yang dimesin lebih elok ditumbuk sahaja. Lagi sodap. Bila mula masak kacau selalu kuah supaya tidak berketul-ketul.

10 comments:

kasihredha said...

sodap sodap...
selain nangka muda, kentang pun sedap gak
kan kak.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam K.Rose..lama xmkn gulai nangka...jarang dijual skrg nie.

Kak Rose said...

kasih, ari ni banyak meratah gulai nangka tu, harap2 janganlah angin satu badan. naya kang!

hani said...

salam kak rose.
tetiba teringin nak buat lemak nangka juga..yummy

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

gulai nangka yer hari ni...bestnyaa...saya suka... tapi, ni 1st time saya tgk gulai nangka campur ayam...^^

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, ya ampun ... ini-lah hidangann masakan buah hati Ratna, berteman dengan gorengan ikan kurau masin tidak di-sangkal kan sungguh amat yummy!!

Kak Rose bikin Ratna kempunan lagi, nak berjiran dekat dengan Kak Rose!!!

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

hani, sesekali makan gulai cam ni best gak!

Kak Rose said...

atie, dapat bli ni pun x brapa fresh... alangkah sedapnya kalau dapat yg baru amik dari pokok kan..

Kak Rose said...

Izan, x kiash lah campur apa pun, yg penting sedap ditekak sendiri....

Kak Rose said...

Ratna, kesian adik kak rose ni... kalau dekat boleh kak rose hantar semangkuk... x pe kita berjiran juga walau cuma dialam maya!

salam sayang dari kak rose..