selamat berhujung minggu kepada semua…. ni lah masanya bercuti2 dan berehat2 bersama keluarga kan… dan sempena hari ibu juga tentunya para ibu, mak, mama, mami and whatever panggilan akan menyediakan atau disediakan yang something special la kan…. tp kak rose lak x rajin nak masak dan x de apa yg specialnya, because everyday is mother’s day for me…. so ni lah lauk 2 in one untuk ari ni… ayam blackpepper….resepi asal dari nor secubit garam yang telah banyak kali kak rose buat sbb sedap. Mekasih nor…
Bahan-bahan350gm udang ~ saiz sederhana (kak rose gantikan ngan ayam fillet)
brokoli secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 in halia ~ dihiris halus
3 sudu besar sos blackpepper
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
minyak
capsicum merah ~ optional (kak rose letak capsicum hijau yg dah bertuko jd kuning... he he he)
Cara
Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Ketepikan.
Sementara tu kukus brokoli selama 5 minit dlm air panas mendidih dan angkat. (kak rose buh sikit garam)
Susun atur brokoli dlm pinggan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan goreng hingga bawang hampir layu.
Masukkan sos blackpepper dan sos tiram. Kacau hingga wangi dan masukkan ayam.
Kacau2 sekejap. Jgn terlalu lama, nanti ayam menjadi overcook.
K.Nor dah tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr garam yg kita perap dgn ayam dan juga dr sos tiram dan sos blackpepper.
Terpulanglah pd selera masing2, samada nak tambah garam lg atau masukkan gula skit.
Masukkan capsicum yg didadukan dan kacau sekejap.
Padamkan api dan bolehlah diletak atas pinggan yg dah diatur brokoli.
Siap!! dan boleh la menjamu selera ya.....
18 comments:
wah besnyer kak ros..dah la tgh lapar ni,,,tp mls nk ke dapur bujang...nk try wat la,,yummy! ;-)
mcm fresh betol brokoli tu...
salam kak rose
wah...terliur betul tengok brokoli tu..hijau dia memikat hati betul..eh!ini dlm kategori chinese food kan?leh try gak nanti nih.
salam kak rose....
selamat hari ibu buat akak.....
sedappnya tengok lauk tu......
^____^
betul tu.. mother's day is everyday :)
wiyah... kalau lapo makan apa pun sedapkan...
nuwairani.... blanch sekejap , pas tu masukkan dalam air sejuk baru nampak fresh ... tu cara kak rose le..
anim...ni kena tanya tuan punya resepi.... Nor, chinese style ker?
Assalamulaikum Kak Rose
betul tu kak , setiap hari adalah hari ibu. pada ct tak ada apa dihari IBU ni. sebab hari2 ct dah diberikan kebahagiaan dari Suami dan anak2.
Lauk ni dah cukup istimewa dah kak Rose, Alhamdulillah kenyang juga bila kita makan kan :)
Mas, same to u too... lauk orang malas nak masak banyak menu!
Nor, tq for the recipe yg dah buat berulang2 dan lagi dan lagi....
CT, betulkan, everyday is mother's day... dan lauk sempoi untuk lunch tadi... Alhamdullilah kenyang!
Wah special lauk ni. suker suker suekr... masak lauk 2 in 1 ke 3 in 1 ker.
mamawana, lauk orang malas nak masak... he he he suma gedebuk sekali. senang keja kan!
selamat ari ibu mbak yuuu... oleh adiah opo?? hihihihi..... jek tas mangan tp kok luweh mennehhh.... :(
wallahhh nduk, ora eneng adiah e... malah kenek masak pulak! wes gader2 karo Ummi ijik luweh meh?
Huishh bagusnya kalau dapat habiskan brokoli tu
Sam, brokoli mmg habis licin, ayam yg tinggal...
Post a Comment