Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, May 17, 2011

Apam labu, lagi....

ni kali kedua buat apam labu ni.... asal beli labu jer teringat nak wat apam ni.... semalam nak buat kuih keria dengan separuh labu ni, tp malang sungguh lembik semacam jer.... dah ikut sukatan adunan tu tp masih ttp lembik dan x leh nak bentuk, izah!!!! ngapa adunan tu lembik sangat, kang pandai2 tambah tepung jadi keras kedengkung lak....... last2 kak rose buat cekodok jer,abes citer. senang keja dan senang nak ngap! so baki labu tu kak rose buat lagi apam ni.... resepi yg sama kak rose amik dari izah dulu tu.... penah tepek kat sini....

Bahan A:-
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam


Bahan B:-
  • 230 gm labu direbus lembut (asal menggunakan 200gm keledek)
  • 150 gm gula (asal menggunakan 180 gm gula)
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat

Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder (asal menggunkaan 1 sk double action b.powder)

Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  2. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  4. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (Ummi tutup mangkuk adunan).
  5. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (Ummi guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  6. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.

kaler apam ni x menarik sangat sbb buh pewarna kuning instead of orange.... rasanya yg oren lagi nampak cantik....

22 comments:

cik cek said...

kak Rose....apam gebu...warna menarik...sedapnya...tergoda dok asyik tgk org buat apam labu ni...mesti sedap kan kak rose...

Ummi said...

Kak Rose, mintak sepinggan nak minum petang nih ha...sedapnya....nak buat semula maleh daaahhh..huhu

izahdaut said...

kak rose memang lembik.
labu tu kak rose kukus ke rebus?
tapi seingat saya memang hampir giveup buat keria labu tu sebab tangan penuh main minyak... hehehe

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

memang cantik warna kuning dari warna oren

Kak Rose said...

cik cek... sedap sangat buat kak rose.... tu yg ulang2 buat!

Kak Rose said...

Ummi, nak anta jauh sangat lak... minum petang kat skrin je la ya...

Kak Rose said...

izah!!!! keria dah jadi cekodok! mmg lembik ya? kak rose rebus labu tu... tp x pe, cekodok pun abes licin dimakan dek anak bujang kak rose tu!

Kak Rose said...

Nazrah, kuning ker oren x kisah, asalkan sedap dingap!

kasihredha said...

bilalah dapat cuba resepi ni..nampak sungguh cantik.
Saya dah cuba resepi roti jala akak, cuma tak secantik roti jala akak. Saya tak jumpa bekas yg ada muncung 3 tu kak.

Kak Rose said...

kasih, bila ada kelapangan nnti boleh lah cuba... x rugi tau!

roti jala kak rose pun sememeh je... x pandai sangat nak menjala cantik2 macam sifu2 tu... apa ada pada rupa kan... asalkan keluarga suka kira ok la tu kan...

tun_telani said...

waaa..sedapnyer.. cam baru je duk usha apam labu kt umah kak mas.. duk terliur sini pulak..

Nieda said...

tengok aja ...dah teringin . Kuih sedap gambar pun cantik

Kak Rose said...

tun, nampak gaya kena buat jugak untuk ilangkan terliur tu....

Kak Rose said...

Nieda, gambar guna kamera cap ayam jer...

Naz said...

Assallamualaikum Kak Rose..
aik! dah sampai sini pulak apam labu ni...Ish3x... cepatnya dier berpindah.. Tapi dia tak pindah ke rumah Naz lagi ni..
Cantik dan gebu nampaknya tu kak..

Kak Rose said...

Naz... kali kedua buat ni dah... akan sampai la yu kat rumah naz x lama lagi... mmg gebu n sedap!

CT Delima said...

As'salam kak rose

dtg dah terlewat ni, ada balance lagi ker apam labu tu. cantiknya kak, kuning keramat. ct memnag suka makan apam2 ni :)

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, cantik-jelita lah warna kuning Kak Rose ... Ratna berkenan ... tukar sikit nampak kelainan-nya, jangan risau ya Kak Rose tang warna tu gimana pun jelita sungguh!!

Salam manis manis madu.

Nieza said...

Assalammualaikum Kak Rose, sungguh rindu untuk singgah ke dapur akak ni...mcmx2 menu best dah tertinggal...sedap tgk apam tu cantik jer colournya kak rasa nk ngap jer...hehe

Kak Rose said...

CT, kak rose pun x pernah jemu makan apam... badan pun dah kembang macam apam gak!

Kak Rose said...

Ratna, kuning diraja apam labu kak rose ni... warna apa pun rasa ttp sama... sedap!

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Nieza, pasti penat dan perlukan rehat dulu sebelum stat enjin kat dapur tu.... x pe la ngap kat skrin dulu ya...