Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 4, 2011

Ayam masak merah

kacang peas x de... so togel je ayam nih...

salam semua..... asik masak ayam jer beberapa hari ni sementara belum ada stok baru.... gorengla, masak kicap, masak sambal dan ni masak merah lak.... selagi ada stok ayam... masak je la kan....masak merah kesukaan anak bujang tu.... resepi yang kak rose cnp dari Myr oleh choppy. mekasih ya dan kak rose sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

13 comments:

Cendana Kasih said...

السلام عليك kak Rose... wahhh..samalah lauk kita hari ni yer... saya kalo buat, kacang pic tu wajib ada...

aDisH.sHidA said...

SALAM..SAMA LA LAUK KITA ARINI....SHIDA PUN X LETAK KACANG PEAS...LETAK DAUN SUP N DAUN BAWANG JE..MAKAN PLAK SAMA DENGAN ACAR TIMUN+NENAS

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak Rose

nur dtg ni nk hulur pinggan...isikan ayam msk merah tu...dah terliur dibuek nya.

Mas said...

mas dah try resepi ayam ni...
sedappkan kak rose...

kasihredha said...

sedapnya...saya suka makan dengan nasi minyak :)

Kak Rose said...

Waalaikumsalam Noorma, masak apa yg ada jer je...asal perut kenyang udah!

Kak Rose said...

Shida, sama ek....daun2 pun x de, so togel je la..

Kak Rose said...

Nuridah, terlambat hulur pinggan tu...

Kak Rose said...

Mas, mmg. simple n sedap

Kak Rose said...

kasih, kak rose makan dengan nasik putih jer...

suhailas said...

peberat anak anak sue tuuuu...tp sue taruh santan... mlm nnt nak try cam nii leee senang & mudah

ki aron said...

Angka Ramalan, Jitu Dan Akurat SGP/HKG 2d 3d 4d yang bisa anda menangkan Hub Ki Aron di _0_8_5_3_4_3_9_0_9_1_7_8_ Kemenangan Anda Adalah Tujuan Utama Kami, Selamat Yang sudah Jackpot, thank,s roomnya tetap ups

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..

Hot post - Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati