Lanai Kijang

Lanai Kijang

Wednesday, May 25, 2011

Bubur jagung sagu

salam semua... buat ni untuk makan petang semalam, tp kan kenapa semalam blog ni x leh nak sign in.... tapi x de la mesej yg macam ari tu..... dah try la macam2 buang cookies segala tp x mo jugak... ada ke kengkawan yg mengalami benda yg sama atau kak rose sorang jer.... kalau tengok tang up-date tu rasanya orang lain x de masaalah kan... entahlah!

pagi ni try lagi dan alhamdullilah dah ok dan harap x de masaalah lagi la... so nak post bubur jagung yang dah abes ni.... resepi dari rossitamz di Myr... ada banyak lagi jagung fresh tu, nak wat apa ek? tu la kalau tamak kan....

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 2 tongkol jagung manis mentah - dihiris nipis
  • 4 sudu besar sagu - yang halus @ kasar
  • Secubit garam
  • 100ml santan pekat (santan kotak @ tin @ fresh santan)
  • 1.5 liter air - dicampur dengan santan pekat
  • 3 sudu besar gula merah - tambah lagi jika nak warnanya lepbih perang
  • 5 sudu besar gula pasir - tambah lagi jika nak lebih manis
  • *** Kuantiti gula merah dan gula pasir hendaklah disesuaikan mengikut kemanisan yang diperlukan
  • *** Kuantiti air boleh dikurangkan atau ditambah bergantung kepada banyak kuah yang diperlukan
  • (kak rose guna gula putih semuanya)

Cara-cara

  1. Basuh sagu dan toskan. Jangan direndam. Basuh sekali lalu saja.
  2. Masukkan jagung yang telah dihiris, santan pekat yang telah dicampur dengan air, dan juga garam ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
  4. Masukkan pula sagu, gula merah dan gula pasir. Kacau hingga sagu bertukar menjadi jernih.
  5. Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk minuman petang.
  6. Sesiapa yang tak suka sagu, tak bubuh pun tak apa.

hmmm.... lemak dan manis. yummy yummy

19 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam kak Rose
mmg suka le kalau bubur ke mahupun kuih yg letak sagu ni...sdp mkn sejuk..panas pun sdp gak..bulan posa asyik buat bebagai bubur aje....

HALAMANKU said...

Salam akak..hhhaaaacchhuuummm... mmmm demam.. tekak x selera mkn.. tgk bubur cam sedap jek.. nak semamgkuk.. he he he he

anymz said...

salam kak rose
sedapnya nampak bubur ni..kalau masukan lam esbok makan masa cuaca panas sedap betul kan?..dah lama tak buat bubur jagung.

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

mengancam sungguh...presentation pun cantik ^^

Sari Yusa Ibrahim said...

byk lagi jagung kak, rebus pun boleh, bakar pun sodappp!!

Kak Rose said...

sheila, bulan posa bubur cenggini mmg laku kan..

Kak Rose said...

erma, ala cian nya demam ek? nak anta bubur jagung dah abes lak! makan ubat je la ya, muga cepat sembuh.

Kak Rose said...

anim, nak makan x kira sejuk ke panas... kak rose ni belasah jer... asal sedap ditekak kan...

Kak Rose said...

izan, buat masak2 yg senang2 dan sedap dingap!

Kak Rose said...

Sari, ari tu dah buat jagung manis tu, sedap sangat tp kalau sllu nnti jemu lak... bakar ya? good idea gak. nnti kak rose try lak.

cik cek said...

Kak Rose...

Sedapnya kalau dapat makan semangkuk ni....bubur jagung ngan sagu...memang best ni....nak masak2 extra skrg ni rasa tak cukup masa la pulak...he he he...:)

Kak Rose said...

cik cek, masuk dalam fridge dan makan sejuk2 mmg best sangat! berebut2 lemak nak menempek dibadan....

geez said...

teringin plak nak makan bubur..... adusss sedapnya....

kasihredha said...

Kak rose, ada beberapa teman blogger yang mgalami masalah spt kak rose. Ada yang tak leh nak komen blog org lain dan blog sendiri.

sedapnya bubur jagung ni..dah lama tak buat :)

bintangjauh said...

Salam Kak Rose, pagi-pagi dah bikin Ratna kempunan lagi ... yang Ratna berkenan teramat sungguh ialah guntingan daun padan yang vogue itu, tampak manis ...

Salam manis manis madu.

Kak Rose said...

geez, silakan kedapur... buat sendirik ya!

Kak Rose said...

kasih, ya la x tau kenapa... cam ari tu dia ada kasi warning tp tidak kali ni...

makan bubur jagung ni tingat lak bulan posa!

Kak Rose said...

Ratna Juwita, maaf kalau buat ratna kempunan...

daun pandan tu lebih vouge lagi sbb amik dari tanaman sendiri!

miss sue said...

dtg mencari resepi..thanx kak