Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 20, 2011

Getas getas jagung

ni lah dia getas getas jagung versi orang malas... kes nak menghabiskan baki jagung dalam tin baki buat apam balik ari tu.... dan sebenarnya fail bab2 nak wat sira gula, tu yang gula terus masuk sekali dalam adunan seperti yang yatiezaini tu buat... rasa manis2 buah dan jagung tu. nak membentuk macam orang buat getas2 ni pun x brapa pandai jadi macam2 bentuk ada.... resepinya kak rose amik dari Myr oleh kak fida. terima kasih ya buat kelainan pd kuih getas2 yg biasa orang jual tu... dan kak rose mintak izin nak cnp kat sini lak...

Bahan-bahan ( 30-35 keping )
  • 500 g kelapa parut putih ( 1 biji kelapa )
  • 300 g tepung pulut ( 3 cwn rata )
  • 200 g isi jagung ( 2 btg jagung ) - dipipil dr tongkolnya rebus dan haluskan
  • 1 1/2 sk garam atau secukup rasa
  • 100 ml santan - dr 1/2 biji kelapa
  • minyak masak utk menggoreng
  • Bahan untuk menyira :-
  • 200 g gula pasir ( 1 cwn rata + 2 sb penuh )
  • 200 ml air
  • 1 helai daun pandan - dipotong kecil
  • (kak rose x buat yg ni....)

Cara-cara

  1. Campurkan 4 bahan pertama di atas ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
  2. Tuangkan santan dan uli hingga adunan boleh dikepal.
  3. Panaskan secukup minyak dlm kuali sementara adunan dibentukkan bulat atau membujur dan dileperkan.Goreng hingga kuih kekuningan.Kuih akan timbul apabila sudah masak.
  4. Angkat kuih dan toskan diatas kertas yg serap minyak dan sejukkan.
  5. Gula pasir,air dan daun pandan dimasak di dlm kuali besar hingga air gula menjadi pekat.
  6. Masukkan gorengan kuih tadi dan gaul hingga kuih bersira gula.Angkat kuih dan boleh disajikan.

20 comments:

Nieza said...

Assalam kak Rose, nampak sedap ni...versi malas pun rajin la juga bila dah menjadi tu....tak pernah buat lagi..bila yer nk merajinkan diri ni...hehe

Sue's said...

Wah...kak ros ni kak rosenah ye.... selamat berkenalan kak ros

tun_telani said...

huhh?? tun x penah makan nih.. *jakun *jakun..

lina_pg said...

sedap getas2 kalau wat kudapan time petang cenggini

kasihredha said...

sedap buat makan petang sambil minum teh :)

Kak Rose said...

Nieza, malas sebenarnya tp nak makan kena buat jugak la...

Kak Rose said...

Sue, salam kenal jugak...

Kak Rose said...

tun, dulu penah makan yg x de jagung, sedap gak!

EnY YuSniZaR said...

Wah sedapnya... nak try lah jugak nanti..

Jom tengok broken Jello :D
http://enyiscooking.blogspot.com/2011/05/broken-glass-jello.html

Kak Rose said...

lina, macam tau je tekak ni kan... bila petang nak je benda2 kudapan tu.

Kak Rose said...

kasih, betul tu, anak kak rose kata teh kuning! teh o la tu...

Kak Rose said...

Eny, sedap, lemak2 gitu... sbb ada kelapa n santan dan manis dari jagung tu jugak!

cik cek said...

Kak Rose...kuih fav cek ni....dari kecik sampaila sekarang...suka sgt makan kuih ni....:)

nuwairani ismail said...

assalam kak rose...baru terperasan ni kak rosenah rupanya..hmm...x pernah makan yg versi jagung ni.mesti mcm wangi2 je baunya.

Kak Rose said...

cik cek.. rose penah makan tp x tau nama... hihihi... pelik je kan...

Kak Rose said...

nuwairani, kak rose pun 1st time makan yg ada jagung nih... kalau ada masa nnti leh la mencuba...tp jgn wat versi malas cam kak rose ya..

azieazah said...

Sungguh, saya tak pernah tengok kuih ini, tak pernah lagi dengar Getas Jagung. Maaf tanya, ni kuih tradisi negeri sebelah mana... Teringin nak rasa.

Syimama said...

salam..wah best rupanya kat sini..menumpang sekaki. untung dapat sekeping kuih getas.

Kak Rose said...

azie, kak rose pun x tau dari mana asal usul kuih ni... tau makan jer... agaknya kena tanya tuan punya resepi kot?

Kak Rose said...

syimama, x de apa yg bestnya...cuma kak rose suka mencuba resepi sifu2 masak diluar sana...tp sayang kuih getas2 dah abes!