Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, May 27, 2011

Modem kehilangan nyawa!

salam semua.... hari yang sangat memboringkan sbb x de intenet sepanjang hari.... pagi ni hari hujan x la lebat... renyai2 jer... x dapat lah nak g briskwalk so duduklah mengadap komputer... ari ni pejabat bukak awal 7.15 gitu. tetiba.... kedabommmmm!!!! dengan kilat yang sangat kuat serasa macam melintas depan mata.... dan seluruh rumah gelap gelita.... blackout lagi! bila dah reda tengok keliling rumah jiran2 ada api lak... so tengok main suis mmg dah tendang..... amik seliper dan bismillahhirohmanirohim.... on kan balik main suis tu. ok dah.... bila on komputer balik tengok kat moden tu hanya lampu power je yg menyala.... router ok je. sah lah dah kena lightning strike! walaupun ada lightning arrester tp kena jugak!

seakan camni ler modem yg kena lightning strike tu.... gambar pakcik google punya...

call TM nak lapor kerosakan... punyalah lama dan ari ni first time kak rose buat trouble shooting nak confirm that modem tu dah not working.... orang buta it macam kak rose ni mmg x tau nak wat camner tapi nasib baik baik derang ajar satu2 masa trouble shooting tu.... start... run... dan banyak nya nombor nak kena key in..... ishhhh, ishhhh...dan bila dah konpem kong barulah derang nak amik repot yg modem ni mmg dah rosak and it will take at least 72 hours before ada replacement for the modem! ayoyo!!!! 3 hari x de intenet? boleh tahan ke? boring kan???

so, for the moment gunalah celcom broadband ni.... pinjam anak punya sementara dia x guna....so x dapatlah nak g bw kat rumah kawan2 for these 2 or 3 days ni. harap2 betulah spt yg dijanji... within 72 hours.... kalau lebih camner? boleh ke deduct bayaran bulanan tu? sapa nak tolong jawap ni?

since hari ini yang sangat memboringkan kak rose pun masak je ikan tenggiri masak asam pedas ni... tp daun kesum pun x de.... ari tu bli dan simpan dalam fridge, bila tengok balik dah kering daun2 tu.... x sempat nak guna! alahai...

2 comments:

EnY YuSniZaR said...

kak rose nanti beli modem baru.. pakai yg lightning protection punya harga dlm 80-100 rasanya..sedapnyaa asam pedasss.... :D

Kak Rose said...

Eny, kak rose mmg amik package yg ada life time warranty... so td dia orang dah datang ganti modem tu..kira cepat jugaklah service dia kan...