Lanai Kijang

Lanai Kijang

Monday, May 16, 2011

Ayam goreng berempah serai

lama dah tengok resepi ni tp x terbuat2... x tau kenapa. bila dah x tau nak masak apa dengan ayam ni barulah kak rose mencuba ayam goreng berempah ni.... sllu bli tapau je bila nak makan tp kali ni merajinkan diri buat sendiri.... mmg benar kata love tu... sedap sampai ke keraknya! rangup gitu!

Love, tq for sharing the recipe di Myr dan kak rose mintak izin nak cnp resepi tu kat sini ya....

Bahan-bahan ( Sekeluarga )
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!

sedap hingga ke keraknya!

16 comments:

Yat Maria said...

akak...

kita yg lagi kekenyangan makan lunch tadi pun bule jejes arrr tgk ni ayam rempah serai...ishhh shedappppp...

Mas said...

bestnya ayam goreng tu...
ratah jerk pun sodapp...

Cik Puan Izan❤ said...

memang sedap resepi ni kak rose...saya pernah buat utk majlis doa selamat...semua puji sedap...

aeshcame said...

mmmm..nampak sedap..mcm best goreng dgn serai + daun kari tu..

missalongwani said...

mmg sedap rr kak rose....pernah buat..tp luper nak post..huhuhuh..

izahdaut said...

kak rose yang rajinnn..
mmg nampaks edap la ayam goreng gitu..
masuk list

Kak Rose said...

Yat, makan panas2 mmg sedap dengan kerak2 sekali...

Kak Rose said...

Mas... mmg sedap tp pas tu minyak kotor satu koli!

Kak Rose said...

Izan, buat untuk kenduri.... mesti banyak tu. sedapkan!

Kak Rose said...

aeshcame... masa goreng tu harum satu rumah bau dia!

Kak Rose said...

along, sedap kan?...

Kak Rose said...

Izah yg rajin jugak....
banyak dah yg masuk list? sampai la masanya nnti!

Cendana Kasih said...

bestnyer ayam goreng.. mmg ngam dengan nasi lemak ni... aduh...teringin la plak !!!

cik cek said...

Salam Kak Rose...

Cek suka sgt kalau goreng ayam macam ni...makan ngan nasi lemak sedapnya ni...:)

thane said...

weblinkabout his find more infoimportant site my review hereWeb Site

Anonymous said...

m3r57d6k33 h9a21r4w00 x8p41f2o97 n1x59p0b25 w1h93i7h98 b6b69l6x85