Lanai Kijang

Lanai Kijang

Thursday, May 5, 2011

Ayam phat phet

ayam lagi.... kali ni phat phet lak.... nasib baik je bukan pot pet kan... resepi yang simple n sedap untuk tengahari tadi. masa tengah masak tadi dah terbau keharuman serai dan daun limau purut tu... resepinya selongkar di Myr lagi.... banyak resepi yg sedap2 kat situ untuk dicuba... kena rajin mengexplore jer... macam2 resepi ada! meh kita tengok resepinya.... terimakasih cik widad.

Bahan-bahan ( 2 orang makan )
  • Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi (kalau nak pedas leh tambah lagi....)
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Bahan B
  • 3 keping ayam mentah dipotong dadu
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau.. setelah kering tumisan tadi.. masukkan secawan air.
  2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  3. Pastikan ayam masak sepenuhnya... Jika kurang berkuah.. masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.. kalau nak pedas lagi... blend cili padi lebih... masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je...

15 comments:

Unknown said...

huhu sedapnya... nk buat lah jugak nanti

Kak Rose said...

Mek Norfa... x rugi mencuba... senang n sedap!

Mas said...

memang terliur betul tengok ayam phat phet ni,....

tun_telani said...

mmg sedap ayam phat phet nih. tun pun dh try =)

fuzidss said...

bluk bluk.. telan air liur dah ni

eliyaezlinalias said...

cam ala-ala rendang pun ada eh!

Kak Rose said...

Mas, nasib baik jumpa resepi ni... dah x tau nak masak apa dah!

Kak Rose said...

tun, mmg sedap kan?

Kak Rose said...

fuzidss... ciannya... meh nak makan. ada lagi nih!

Kak Rose said...

eliyaezlinalias... macam paprik pun ada gak.... mungkin sbb daun limau purut tu kot!

Fafau de Craft ( Zana ) said...

yummy3...cam sedap jerk...

rohscan said...

ohhhhhh best gilerrrrrrrrrrrrrr

Anonymous said...

Dh lama cari resepi aym masak phaphet ni..huhu

Anonymous said...

Sedappp sangatt phat phet nii..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.